Daftar Syarikat SSM: Apa Itu Superform Section 14? Wajib Ada?

7 Apr 2022 | Artikel, Pensyarikatan | 0 comments

Ingin daftar syarikat anda di SSM? Info apa yang diperlukan? Teruskan membaca…

Untuk daftarkan syarikat Sdn. Bhd. yang sah, setiap syarikat yang didaftarkan di dalam Malaysia perlulah mematuhi Akta Syarikat 2016. Akta Syarikat 2016 telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 1 orang individu diperlukan untuk didaftarkan sebagai pengarah syarikat dan pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. dan wajib mempunyai Setiausaha Syarikat yang sah.

Tetapi, sebelum anda daftarkan syarikat ke SSM, adakah anda sudah faham dan arif mengenai dokumen/form SSM. Antaranya ialah Superform. 

Apa Itu Superform?

Superform, atau Section 14, adalah satu dokumen dikeluarkan oleh SSM mengikut Akta Syarikat 2016 semasa proses pendaftaran syarikat ke SSM. Section 14 akan mengandungi info syarikat seperti nama syarikat, nombor syarikat, alamat berdaftar, alamat perniagaan, info pengarah syarikat serta info pemegang saham.

Section 14 adalah satu dokumen yang wajib ada semasa mendaftar syarikat baharu di SSM. Oleh itu, borang ini amat penting untuk memaparkan info syarikat. Bagi syarikat yang berdaftar mengikut Akta Syarikat 1965, bermaksud syarikat yang didaftarkan sebelum 31 Januari 2017,  info penting syarikat boleh dilihat pada M&A (Memorandum and Article) dan dokumen-dokumen lain seperti Form 9, Form 49 dan lain-lain. Hal ini kerana, Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa pada 31 Januari 2017.

Info Syarikat pada Superform?

Syarikat perlu berurusan dengan Setiausaha Syarikat untuk mengisi maklumat tersebut sebelum berdaftar ke SSM. Hal ini kerana hanya Setiausaha Syarikat yang boleh mendaftarkan Syarikat SDN. BHD. ke SSM. Disebabkan itu WAJIB setiap syarikat mempunyai Setiausaha Syarikat yang berlesen. Antara info yang diperlukan sebelum syarikat berdaftar: 

  1. Seksyen 1: Particulars of Company
  2. Seksyen 2: Particulars of Directors
  3. Seksyen 3: Particulars of Members
  4. Seksyen 4: Declaration by Company Secretary

Oleh itu, semua informasi syarikat boleh dirujuk pada Section 14 ini melainkan ada perubahan pada syarikat, boleh dirujuk pada form Section yang lain. 

Perlukan Pertolongan Mengisi Superform?

Setiausaha Syarikat HEXCorporate mempunyai kepakaran yang luas dalam urusan pendaftaran dan penamatan perniagaan di SSM. Sama ada anda hanya mahukan sedikit khidmat nasihat mahupun pertolongan proses pemerbadanan syarikat SSM dari awal, Setiausaha Syarikat kami sedia membantu anda.

Jom hubungi wakil Setiausaha Syarikat di sini sekarang!