Profil Syarikat

HEX Corporate Strategies Sdn Bhd, sebuah firma perakaunan telah ditubuhkan secara rasmi pada 07 Oktober 2016. Penubuhan secara rasmi ini dibuat setelah berkhidmat dan menjalankan perkhidmatan secara individu bersama 2 rakan kongsi selama 3 tahun setengah dari julai 2013 sehingga Oktober 2016. Penubuhan secara rasmi ini dibuat setelah berjaya mengumpulkan 4 tenaga pakar dari 4 bidang berbeza, iaitu setiausaha syarikat, perakaunan dan audit, cukai dan sst dan analisis kewangan mengikut industri dan khidmat nasihat.

VISI KAMI

Menjadi peneraju bagi firma perakaunan yang memfokuskan strategi pembangunan syarikat dengan menggabungkan 4 aspek keutamaan (Setiausaha Syarikat, Audit, dan SST) dan memberi khidmat nasihat secara teliti mengikut kesesuaian syarikat dan industri.

MISI KAMI

Memberikan kualiti servis yang terbaik dari segi perkhidmatan yang ditawarkan ditambah dengan kekuatan khidmat nasihat yang mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan, baik dari industri mahupun dalaman syarikat.

Dapatkan khidmat kami segera!

Kami sentiasa komited dan bersedia untuk membantu anda. Hubungi kami sekarang.