Daftar Syarikat SSM: Apa Itu Superform Section 14? Wajib Ada?

7 Apr 2022 | Artikel, Pensyarikatan | 0 comments

Ingin daftar syarikat anda di SSM? Tiada Superform lagi? Teruskan membaca…

Untuk daftarkan perniagaan online atau syarikat Sdn. Bhd. (enterprise) yang sah, setiap syarikat yang didaftarkan di dalam Malaysia perlulah mematuhi Akta Syarikat 2016 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Akta Syarikat 2016 telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 2 orang individu diperlukan untuk didaftarkan sebagai pengarah syarikat dan pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. mestilah mempunyai ciri-ciri seperti sebuah entiti yang boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri, mempunyai alamat tempat tinggal yang sah, mempunyai aset atas namanya sendiri, dan bersifat kekal abadi.

Tetapi, sebelum anda daftarkan syarikat ke SSM, adakah anda sudah faham dan arif mengenai Superform atau nama lainnya Section 14?

Apa Itu Superform?

Superform, atau Section 14, adalah satu dokumen dikeluarkan oleh SSM mengikut Akta Syarikat 2015 semasa proses pendaftaran syarikat ke SSM. Section 14 akan mengandungi infor syarikat seperti nama syarikat, nombor syarikat, alamat berdaftar, alamat perniagaan, info pengarah syarikat serta info pemegang saham.

Section 14 adalah satu dokumen yang wajib ada semasa mendaftar syarikat baharu di SSM. Oleh itu, borang ini amat penting untuk memaparkan info syarikat. Bagi syarikat yang berdaftar mengikut Akta Syarikat 1965, bermaksud perniagaan yang didaftarkan sebelum tahun 2016, info penting syarikat boleh dilihat pada M&A (Memorandum and Article) dan dokumen-dokumen lain seperti Form 9, Form 49 dan lain-lain.

Bagaimana Prosedur Mengisi Superform?

Sama seperti kaedah lain, mengisi borang super adalah proses yang mudah. Ianya terdiri daripada 5 bahagian yang berbeza yang perlu diisi, termasuk:

Seksyen 1: Butiran Pemohon
Seksyen 2: Perakuan
Seksyen 3: Butiran Permohonan bagi Pengarah/Ahli/Pemegang Saham
Seksyen 4: Maklumat kepada Agensi
Seksyen 5: Bahagian Perakuan

Seksyen Perakuan adalah di mana pemohon perlu menjelaskan butiran nama syarikat yang dicadangkan. Pemohon mempunyai pilihan untuk mengosongkan seksyen ini jika tidak berkenaan. Dalam bahagian Butiran Permohonan, pemohon akan diminta untuk menambah kod perniagaan yang berkaitan dengan jenis perniagaan. Setelah kod telah dipilih, pemohon perlu mengulas tentang jenis perniagaan.

Perlukan Pertolongan Mengisi Superform?

Setiausaha Syarikat HEXCorporate mempunyai kepakaran yang luas dalam urusan pendaftaran dan penamatan perniagaan di SSM. Sama ada anda hanya mahukan sedikit khidmat nasihat mahupun pertolongan proses pemerbadanan syarikat SSM dari awal, Setiausaha Syarikat kami sedia membantu anda.

Jom hubungi wakil Setiausaha Syarikat di sini sekarang!