11 Langkah Mudah Daftar Syarikat Sdn Bhd: Pentingnya Setiausaha Syarikat Untuk Uruskan Borang & Dokumen Anda!

23 Mar 2022 | Artikel, Pensyarikatan | 0 comments

Kebanyakan perniagaan bermula dengan Enterprise dan kemudian menaiktaraf bisnes mereka kepada Sdn Bhd. Kelebihan syarikat Sdn Bhd adalah untuk menjadikan perniagaan lebih stabil, mengembangkan operasi ke tahap yang lebih tinggi dengan strategi percukaian yang efektif dan memudahkan proses membuat pinjaman loan dari pihak bank.

Pendaftaran Enterprise mudah sahaja. Pergi ke laman web SSM dan boleh siap daftar secara online melalui link EzBiz – SSM Online. Walaubagaimanapun, untuk tukar/daftar syarikat Sdn Bhd, prosesnya agak rumit dan terdapat beberapa dokumen penting yang perlu disediakan. Nak tahu bagaimana caranya? Jom, kami tunjukkan langkah-langkahnya dari A-Z!

1 – Cari company secretary yang bertauliah.

Di mana untuk cari Setiausaha Syarikat? Jawapannya, dari Firma Perkaunan & syarikat Strategi Kewangan Syarikat. Sama ada anda cari secara online melalui Google ataupun media sosial, ataupun dapatkan pengesyoran dari kenalan. Anda harus cari firma/syarikat yang sekurangnya berada dalam bidang akaun/cukai selama 7 tahun! Lebih baik jika firma perakaunan tersebut mempunyai profil testimoni yang baik dari industri perniagaan anda. Apabila anda sudah jumpa, langkah seterusnya adalah dapatkan sebut harga.

2 – Mohon sebut harga (quotation) dan pakej yang diberi.

Lain firma perakaunan, lain pakej yang ditawarkan. Sesetengah syarikat hanya menawarkan servis Setiausaha Syarikat, manakala ada yang sertakan sekali servis-servis lain seperi Akaun, Audit, Cukai, Penasihat Kewangan dan sebagainya. Mengikut kehendak dan bajet anda, pilih pakej yang bersesuaian. Jika anda ingin dapatkan pakej yang ‘cost-effective’, sebaiknya dapatkan sebut harga pakej yang boleh merangkumi kesemua urusan kewangan dan perakaunan syarikat. Barulah boleh maksimakan keuntungan syarikat dengan stabil!

3 – Setuju dengan pakej yang ditawarkan

Setelah setuju dengan pakej yang ditawarkan, maka perjanjian pun bermula. Pada waktu ini, wakil Setiausaha Syarikat firma perakaunan tersebut akan mengambil sedikit masa untuk kenal mengenal modus operandi perniagaan anda. Jenis industri, jenis produk, pengurusan syarikat, dan sebagainya. Mereka juga mungkin akan meminta kerjasama anda untuk sediakan sedikit dokumen mengenai bisnes anda. Tidak perlu formal, cukup untuk fahamkan wakil Setiausaha Syarikat.

4 – Proses permohonan reserve name ke SSM

Di sini, anda cadangkan nama syarikat anda kepada SSM terlebih dahulu yang di proses oleh Setiausaha Syarikat yang dilantik. Nama syarikat memainkan peranan yang sangat besar. Nama tersebut perlu lambangkan bisnes anda sekaligus mengetengahkan imej anda. Bergantung pada jenis khidmat nasihat yang anda dapatkan, sesetengah Setiausaha Syarikat mungkin akan berikan sedikit feedback agar nama syarikat anda tampil lebih gah dan berprestij.

5 – Reserve name lulus/gagal

Sekiranya nama syarikat yang dicadangkan tersebut lulus, maka boleh terus mula proses daftar Sdn. Bhd. Tetapi, jika reserve name gagal, mungkin atas sebab nama syarikat telah pun diambil oleh perniagaan lain atau atas sebab-sebab tertentu, Setiausaha Syarikat akan bantu anda untuk reserve name sekali lagi.

6 – Company secretary akan proses Sdn Bhd (Incorporation) ke SSM

Seterusnya, Setiausaha Syarikat akan mula proses penubuhan Sdn Bhd anda kepada SSM. Syarikat WAJIB mencari Setiausaha Syarikat kerana sebarang proses ke SSM akan dibuat oleh Setiausaha Syarikat. Berbeza dengan Enterprise yang perlu diuruskan sendiri. Setiap syarikat perlu memaklumkan segala info syarikat kepada Setiausaha Syarikat anda. Kebanyakan Setiausaha akan memberikan satu borang untuk di isi.  Setelah lengkap diisi, Setiausaha Syarikat akan wakilkan anda untuk proses ke SSM. Memang mudah!

7 – Incorporation lulus/query

Jika permohonan Sdn Bhd lulus, maka teruskan ke proses seterusnya. Tetapi, jika terdapat incorporation query dari SSM mengenai permohonan anda, hanya perlu jawab query tersebut dan hantar semula permohonan. Segala ‘update’ dari SSM dalam permohonan anda akan disampaikan oleh Setiausaha Syarikat.

8 – Proses pelantikan Company Secretary yang pertama ke SSM

Setelah permohonan berjaya, maka anda perlu lantik Setiausaha Syarikat yang pertama untuk mewakili syarikat anda ke SSM. Proses ini amat penting kerana Setiausaha Syarikat yang dilantik ini akan mewakili anda dalam proses-proses seterusnya yang melibatkan SSM. Disebabkan itu adanya caj Retainer Fee yang dikenakan setiap bulan ke atas syarikat. Maka, kriteria yang perlu anda tengahkan semasa melantik Setiausaha Syarikat ke SSM adalah pengetahuan beliau dalam industri perniagaan anda, portfolio dan pengalaman karier beliau sebagai Setiausaha Syarikat, serta keupayaan beliau untuk memberikan khidmat nasihat dari segi perakaunan, percukaian, dan kewangan.

9 – Dokumen SSM & Resolusi Pembukaan Bank Akaun

Seterusnya, Setiausaha Syarikat yang telah dilantik akan bantu anda untuk sediakan dokumen SSM serta Resolusi Pembukaan Bank Akaun. Dokumen SSM tersebut akan dikeluarkan SSM, dan akan disimpan/dijaga oleh Setiausaha Syarikat. Manakala, resolusi tersebut akan ditandatangan oleh ke semua pengarah syarikat yang dilantik. Disebabkan itu, sekiranya pihak syarikat memerlukan dokumen SSM syarikat, maka rujuk lah Setiausaha Syarikat anda.

10 – Penyerahan dokumen SSM kepada anda

Setelah dokumen berjaya dikumpulkan, Setiausaha Syarikat akan tetapkan temujanji dengan anda untuk tujuan penyerahan dokumen berserta penerangan serba sedikit mengenai syarikat Sdn Bhd. Jika anda kurang faham mengenai undang-undang syarikat Sdn Bhd, tugas Syarikat Setiausaha untuk menerangkan kepada anda. Jika anda dapatkan khidmat Setiausaha Syarikat dari firma yang bertauliah, Setiausaha Syarikat tersebut mungkin akan membuat pembentangan secara menyeluruh.

11 – Tahniah! Anda sudah ada syarikat Sdn Bhd

Proses penerangan pun selesai, maka selesai sudah proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd anda. Tahniah! Anda kini boleh mula kembangkan perniagaan, tingkatkan keuntungan dan dapatkan pinjaman loan bank tanpa rasa ragu-ragu. Semoga berjaya!

Nak daftar syarikat Sdn Bhd? Realisasikan impian pensyarikatan anda dengan HEX Corporate!

Daftarkan syarikat Sdn. Bhd. anda dengan perkhidmatan setiausaha syarikat terbaik di Lembah Klang. Dengan wakil Setiausaha Syarikat HEX Corporate yang bertauliah dan berpengalaman, tidak perlu risau lagi tentang kerumitan proses pendaftaran syarikat. Daftar syarikat baru, renew SSM, perubahan alamat SSM, perubahan pemilik sijil SSM, tambah & keluar partner, tambah servis & jenis perniagaan di sijil SSM, semuanya di HEXCorporate! Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!