Derma / Hadiah: Syarat & Cara Dapatkan Insentif Potongan Cukai Pendapatan

17 Feb 2022 | Artikel, Cukai | 0 comments

Derma boleh tolak cukai? Boleh, tapi syaratnya…

Soalan ini ramai yang bertanya, boleh ke dapatkan potongan cukai pendapatan jika kita ada beri derma atau hadiah? Jawapannya, boleh tapi sebenarnya tak semua derma dan hadiah boleh tolak cukai. Dan, derma tersebut hendaklah dibuat kepada kerajaan ataupun tabung/badan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Jadinya, tabung mana yang diberi kelulusan? Okay, mari kita kenal dan belajar sama-sama!

Derma yang dibolehkan penolakan cukai pendapatan

Selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma. Antara derma/hadiah yang boleh tolak cukai adalah:

  1. Derma/hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.
  2. Derma/hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan.
  3. Derma/hadiah kepada institusi/organisasi yang diluluskan. (Amaun adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat)
  4. Derma/hadiah wang kepada kerajaan/kerajaan tempatan.
  5. Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan. (Amaun adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat)
  6. Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan. (Amaun adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat)
  7. Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan.
  8. Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.
  9. Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.

Untuk makluman, senarai ini diperoleh dari pautan laman web LHDN sendiri.

Jadi bagaimana cara untuk tolak cukai?

Proses menguruskan cukai boleh jadi rumit jika anda lakukannya seorang diri tanpa sebarang pertolongan. Jika tersalah declare, anda mungkin terlepas hak anda untuk buat penolakan cukai, Dan jika tidak berhati-hati, anda mungkin akan disabitkan kesalahan. Jadi, memang patut anda dapatkan khidmat nasihat percukaian daripada pakar.

Ingin bertanya lebih lanjut mengenai penolakan cukai melalui derma/hadiah dan strategi percukaian yang efektif? Hubungi konsultan cukai kami sekarang.