PENJANA BANTU MERANCAKKAN SEMULA SEKTOR AGROMAKANAN.
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh kerajaan dapat membantu memulihkan dan merancakkan semula sektor ekonomi termasuk agromakanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyifatkan pengumuman yang dilakukan oleh Kerajaan sebagai satu pelan yang bertepatan bagi membantu rakyat sepanjang tempoh pemulihan ekonomi dan dapat melonjakkan sektor agromakanan Negara dari ekonomi terjejas.
Melalui PENJANA, beberapa bantuan yang diberikan pada Sektor Agromakanan:
-
Skim Pembiayaan Mikrokredit di Bawah Agrobank
- Skim Pembiyaan Mikrokredit di bawah Agrobank yang bernilai RM 350 juta dengan kadar faedah serendah 3.5 Peratus sahaja.
- Jumlah Pembiyaan maksimum sebanyak RM 50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga lima tahun
Tujuan Utama Pembiyaan ini adalah memberi lebih banyak peluang kepada usahawan untuk mendapatkan semula modal pusingan untuk memulakan kembali perniagaan yang kehabisan modal disebabkan PKP.
Selain itu, SKIM ini juga adalah sebagai galakan kepada usahawan baharu yang ingin menceburi bidang agromakanan sebagai modal permulaan, manakala bagi pengusaha sedia ada seperti peniaga pasar tani,pasar nelayan dan pasar pagi, skim ini dapat membantu bagi mulakan semula pernigaan yang terpaksa digunakan semasa tempoh PKP.
-
Sumbangan In Kind kepada Pertanian Bandar
- Sumbangan In-Kind dalam bentuk Bantuan Input Pertanian seperti benih,baja,insfraktuktur,peralatan,perkhidmatan nasihat.
- Khidmat Nasihat dan latihan kepada individu dengan nilai RM 500 bagi setiap penerima dan RM 50,000 bagi setiap komuniti.
Golongan B40 terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) digalakkan untuk mengusahakan tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran secara individu atau berkumpulan.Selain Itu, Inisiatif ini sebagai memudahcara kerajaan kepada syarikat dengan melatih dan mengajar tenaga kerja menceburi bidang agromakanan terutama kepada mereka yang hilang pekerjaan .
-
Insentif Kempen E-Dagang
- Dengan Kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan lebih 50 Platform e-dagang yang memasarkan produk pertanian terus kepada pengguna sudah dikenalpasti.
Kementerian bersedia memberikan latihan ‘On Boarding’, subsidi jualan dan khidmat sokongan jualan untuk pastikan golongan sasar mendapat manfaat dari kemudahan yang disediakan, Selain Itu, Pengusaha E-Dagang boleh menjadikan Platform E-dagang sebagai salah satu cara Pemasaran yang efektif dalam menembusi pasaran dalaman dan global.
Akhir Sekali, Kesemua Inisiatif yang diumumkan amat bertepatan dan dapat membantu keseluruhan sektor ekonomi termasuklah sektor Agromakanan untuk kembali pulih dan meneruskan kelangsungan perusahaan masing-masing.
Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
15 Jun 2020