UBAH STRATEGI PERNIAGAAN

3 Jun 2020 | Artikel, Nasihat Kewangan | 0 comments

Maklum semua tahu, semasa di peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai golongan usahawan dan bisnes mula runsing dengan aliran tunai mereka. Mereka merasa panik dan gagal dalam perniagaan.

Selepas tempoh fasa pertama PKP, mereka kembali bersemangat dan mula menyesuaikan diri untuk operasi perniagaan masing-masing.

Untuk fasa terkini, mereka perlu lebih focus dan mengawal aliran tunai supaya dapat mengelakkan perniagaan daripada terhenti dan keluar dari zon tersebut.

Para usahawan juga harus menilai semula perbelanjaan yang tidak penting supaya kewangan lebih kukuh. Pada masa yang sama, sikap tunggu dan lihat haruslah dilupuskan. Mereka perlu mencari jalan keluar.

Ramai usahawan yang berniaga atas talian, lebih menguntungkan sebab orang ramai dah tak boleh nak keluar kerana PKP mahupon PKPB.

Kita semua tahu, tempoh PKP ini ramai yang melayari media social kerana ingin tahu isu semasa berkenaan situasi di Malaysia.

Transformasi ke arah ekonomi digital perlu dilakukan  oleh PKS agar perniagaan  terus berkembang sejajar dengan perkembangan semasa, sekaligus tidak gulung tikar kerana gagal menggunakan teknologi.

Akan tetapi, pengukur keupayaan prestasi sesebuah perniagaan tidak lagi hanya tertumpu dengan sekadar  keuntungan semata-mata. Akan tetapi boleh dilihat dari sudut servis khidmat pelanggan.

Oleh itu, fokus dan cuba. Jangan hanya tunggu dan lihat.

Chartered Accountnt
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.