INSENTIF CUKAI KEPADA PENGELUARAN BAHAN MAKANAN

3 Jun 2020 | Artikel, Berita Terkini, Cukai, Ekonomi | 0 comments

Sektor Pertanian dan Makanan memainkan peranan penting bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan Negara dan perolehan eksport Negara.Oleh itu Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memperkuatkan sektor pertanian .

Walaubagaimanapun, untuk meningkatkan pelaburan sektor swasta dalam industry Agro Makanan akan mengambil sedikit masa berbanding sektor lain dan faktor utama adalah disebabkan dedahan risiko yang lebih tinggi termasuklah ketidak tentuan cuaca dan harga pasaran.

Namun Begitu, penyertaan daripada sektor swasta amat diperlukan bagi meningkatkan pelaburan di dalam industri agro makanan Kerajaan, melalui insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan ini, dapat menjanjikan ekosistem yang lebih mesra perniagaan, telus, menyokong inovasi dan dapat menarik minat dan peluang khususnya kepada petani.

Terdapat Dua Jenis permohonan yang diterima:

  1. Projek Baharu

Projek Baharu bermaksud projek yang tidak pernah dijalankan oleh syarikat pelaksana. Pengecualian Cukai Pendapatan 100% kepada pendapatan berkanun perniagaan selama 10 tahun taksiran bermula dari tahun pertama syarikat mendapat pendapatan.

  1. Projek Pembesaran

Projek Pembesaran bermaksud projek yang dijalankan oleh syarikat bagi maksud membesarkan Projek Pengeluaran bahan makanan yang diluluskan sedia ada yang mana berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Tidak pernah diberi pengecualian Cukai
  2. Melibatkan kawasan tanah yang baharu
  3. Perlu melibatkan nilai tambah terhdapat projek sedia ada

Bagi Projek Pembesaran pengecualian cukai pendapatan adalah 100% bagi projek pembesaran untuk tempoh 5 Tahun.

Antara Kriteria Kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon adalah:

  1. Syarikat yang diperbadankan di bawah akta syarikat 2016 dan modal berbayar sekurang-kurangnya RM 100,000
  2. Pertubuhan Koperasi berasaskan pertanian
  3. Pertubuhan Peladang Persekutuan
  4. Pertubuhan Peladang Negeri
  5. Persatuan Nelayan Kawasan
  6. Persatuan Nelayan Persekutuan
  7. Persatuan Nelayan Negeri
  8. Pemilikan Tunggal dan modal berbayar yang  ditetapkan sekurang-kurangnya RM 500,000
  9. Perkongsian
  10. Pertubuhan atau persatuan
  11. Bermastautin di Malaysia

 

Akhir Sekali, dengan adanya Insentif Cukai ini, kerajaan berharap agar lebih ramai pengusaha sektor pertanian yang dapat dilahirkan di Malaysia khususnya. Dengan adanya Insentif ini,beban pengusaha dapat dikurangkan selain dapat meningkatkan usaha bagi memastikan sektor ini diberi perhatian dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
03 Jun 2020