JENIS PENDAPATAN DI BAWAH SEKSYEN 4 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

18 May 2020 | Artikel, Cukai, Pengurusan Akaun | 0 comments

Individu pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai di atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinnya.

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Terdapat beberapa jenis pendapatan yang akan dikenakan cukai oleh individu. Berikut merupakan jenis pendapatan yang perlu diisytihar cukai:

 

Seksyen 4(a): Perolehan atau keuntungan sesuatu perniagaan bagi sesuatu tempoh

Pembayar cukai yang memiliki perniagaaan hendaklah mengisyhtiharkan pendapatan bersih perniagaan tersebut di Borang Nyata Pendapatan Cukai (BNCP) berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

 

Seksyen 4(b): Perolehan atau keuntungan daripada sesuatu penggajian

Pendapatan penggajian termasuk bonus, elaun yang tidak dikecualikan cukai beserta faedah berupa barangan dan faedah lain mesti disytihar oleh pembayar cukai.

 

Seksyen 4(c): Dividen, Faedah atau diskaun yang diterima

Dividen yang diterima daripada saham syarikat atau unit amanah yang tidak dikecualikan cukai oleh kerajaan. Selain itu, faedah selain dari faedah simpanan adalah dikenakan cukai.

 

Seksyen 4 (d): Pendapatan yang diterima daripada sewa, royalti, atau premium

Royalti dikenakan cukai tetapi terdapat royalti yang boleh dikecualikan cukai namun dalam jumlah yang terhad.

 

Seksyen 4 (e): Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yang diterima

Pencen adalah dikecualikan cukai tetapi haruslah menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh LHDN.

 

Seksyen 4(f): Perolehan-perolehan atau keuntungan yang bukan di bawah mana-mana perenggan di atas.

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
18 Mei 2020