KOMITMEN BAYARAN SYARIKAT SDN. BHD.

14 May 2020 | Artikel, Cukai, Pengurusan Akaun, Pensyarikatan | 0 comments

Seperti yang semua maklum, untuk menubuhkan sesebuah syarikat sdn bhd, ia mempunyai komitmen yang tinggi dari pelbagai aspek. Sebelum dan selepas penubuhan syarikat, seorang pengarah perlu tahu segala info, supaya tidak menyukarkan perjalanan syarikat pada masa akan datang. Hal ini termasuklah dari soal pembayaran. Bukan sahaja bayaran penubuhan sebuah syarikat sdn. Bhd itu tinggi, akan tetapi selepas wujudnya syarikat juga perlu ada komitmen yang sangat tinggi agar mematuhi garis panduan yang diwartakan oleh Akta Syarikat 2016. Pengetahuan mengenai agensi yang berkaitan selepas mempunyai sebuah syarikat amatlah penting, disebabkan itu, eloklah mendapatkan nasihat daripada Setiausaha Syarikat yang bertauliah, supaya tahu kedudukan seseorang atau kumpulan untuk menubuhkan syarikat sdn bhd berada pada tahap mana. 

Antara komitmen bayaran yang perlu dilakukan ialah,

PERTAMA

Yuran untuk menubuhkan syarikat sdn. Bhd. ialah bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh Setiausaha Syarikat. Komitmen ini hanya sekali sahaja perlu dibuat bayaran, iaitu pada penubuhan syarikat. Kebanyakan pakej bermula dari RM1,500-RM3,500 bergantung pada pakej yang ditawarkan.

 

KEDUA

Komitmen ini merupakan komitmen bulanan sesebuah syarikat:

1) Yuran Setiausaha Syarikat

Semua syarikat sdn bhd WAJIB mengikuti Akta Syarikat 2016 untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat. Yuran ini adalah atas sebab perlantikan mereka sebagai setiausaha syarikat dan perlu terus dibayar selagi syarikat tersebut masih wujud. Kebanyakan yuran mereka adalah dari RM60-RM150.

 

2) Penyediaan Laporan Akaun Beraudit

Bayaran komitmen ini adalah berlaku dengan dua keadaan. Pertama, dengan menggaji akauntan iaitu sebagai pekerja sendiri dan perlu bayar secara bulanan sahaja. Kedua, menggunakan khidmat akauntan professional iaitu menggunakan khidmat Accountant Firm yang bertauliah dan hanya membayar servis yang dibuat. Kos penyediaan laporan akaun ini bergantung kepada transaksi jualan syarikat. Laporan audit ini boleh dibuat secara 3 bulan sekali atau setahun sekali.

 

KETIGA

Komitmen seterusnya ialah komitmen tahunan iaitu setiap 12 bulan perlu buat bayaran:

1) Laporan Penyata Tahunan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Penyata Tahunan atau dikenali sebagai Annual Return. Iaitu sebuah penyata tahunan syarikat yang perlu dilaporkan selewat-lewatnya 30 hari selepas ulangtahun penubuhan syarikat tersebut. Laporan akan dihantar oleh Setiausaha Syarikat. Kos selalunya dari RM350-RM550. Tertakluk kepada pakej yang ditawarkan.

2) Penyediaan Laporan Akaun Beraudit

Penyediaan laporan beraudit adalah wajib bagi sesebuah syarikat. Penghantaran laporan audit sudah tentu mempunyai kos tertentu untuk mengeluarkan laporan audit yang diaudit oleh auditor yang bertauliah.

Inilah antara komitmen bayaran yang perlu dilakukan sesebuah syarikat sdn bhd. Selain kos servis di atas, terdapat kos yang lain bergantung kepada permintakan syarikat. Kos servis itu adalah berdasarkan pakej yang ditawarkan dan perkara yang diminta.

Oleh itu, sentiasalah mendapatkan khidmat nasihat daripada setiausaha syarikat yang dilantik. Hal ini kerana mereka merupakan tulang belakang sesebuah syarikat.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
13 Mei 2020