TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG LHDN DAN SSM

12 May 2020 | Artikel, Cukai, Pengurusan Akaun, Pensyarikatan | 0 comments

Mengikut Akta Syarikat 2016, syarikat wajib menyerah simpan penyata kewangan kepada SSM dalam tempoh 6 bulan dari tarikh akhir kewangan. Kegagalan membuat serah simpan Penyata Kewangan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, pihak syarikat haruslah bertanggungjawab dalam memastikan Penyata Kewangan dapat di serah simpan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Namun begitu, menyedari kekangan dan kesusahan yang dialami pihak syarikat untuk menyediakan penyata kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), SSM telah mengeluarakn satu pekeliling iaitu tambahan masa bagi serah simpan Penyata Kewangan. Sila Rujuk Jadual di bawah untuk tarikh akhir yang baru.

KEWANGAN BERAKHIR ASAL TAMBAHAN MASA
30 SEPTEMBER 2019 31 MAC 2020 29 JUN 2020
31 OKTOBER 2019 30 APRIL 2020 29 JULAI 2020
30 NOVEMBER 2019 31 MEI 2020 29.OGOS 2020
31 DISEMBER 2019 30 JUN 2020 28 SEPTEMBER 2020

JADUAL 1: TARIKH AKHIR PENGEDARAN PENYATA KEWANGAN


KEWANGAN BERAKHIR ASAL TAMBAHAN MASA
30 SEPTEMBER 2019 30 APRIL 2020 29 JULAI 2020
31 OKTOBER 2019 31 MEI 2020 28 OGOS 2020
30 NOVEMBER 2019 30 JUN 2020 28 SEPTEMBER 2020
31 DISEMBER 2019 31 JULAI 2020 28 OKTOBER 2020

JADUAL 2: TARIKH AKHIR SERAH SIMPAN PENYATA KEWANGAN


Perkara lain yang penting bagi sesebuah syarikat untuk diuruskan selepas berakhirnya kewangan syarikat adalah penghantaran Borang C ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Memahami keperluan syarikat di Malaysia, LHDN juga mengambil langkah yang serupa dengan SSM dengan memberi tambahan masa untuk mengantar borang cukai. Sila rujuk jadual di bawah

KEWANGAN BERAKHIR ASAL TAMBAHAN MASA TEMPOH TAMBAHAN
31 JULAI 2019 29 FEBUARI 2020 30 APRIL 2020 2 BULAN
31 OGOS 2019 31 MAC 2020 31 MEI 2020 2 BULAN
30 SEPTEMBER 2019 30 APRIL 2020 31 JULLAI 2020 3 BULAN
31 OKTOBER 2019 31 MEI 2020 31 OGOS 2020 3 BULAN
30 NOVEMBER 2019 30 JUN 2020 30 SEPTEMBER 2020 3 BULAN
31 DISEMBER 2019 31 JULAI 2020 31 OKTOBER 2020 3 BULAN
31 JANUARI 2020 31 OGOS 2020 31 OKTOBER 2020 2 BULAN
28 FEBUARI 2020 30 SEPTEMBER 2020 30 NOVEMBER 2020 2 BULAN
31 MAC 2020 31 OKTOBER 2020 31 DISEMBER 2020 2 BULAN

JADUAL 3: TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG C

Dengan pertambahan tempoh masa serah simpan penyata kewangan dan penghantaran Borang C, diharapkan semua syarikat dapat merangka dan merancang untuk mengelakkan dari sebarang tindakan undang-undang dan penalti.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
12 Mei 2020