Telekomunikasi adalah amalan berkomunikasi atau penyampaian maklumat yang melibatkan teknologi komputer dengan menggunakan peranti komunikasi samada menggunakan internet atau tidak.
Teknologi dan maklumat banyak membantu PKS dalam menjalankan perniagaan mereka kerana ini merupakan alternatif untuk pks beroperasi semasa PKP, untuk mengelakkan keberangkalian perniagaan mereka terpaksa ditutup sepenuhnya. Menurut Persatuan Dan Majlis Telekomunikasi Antarabangsa, telekomunikasi telah menghasilkan peningkatan sebanyak 22 peratus dalam produktiviti pekerja, dan mengalami penurunan 20 peratus dalam perolehan pekerja dan penurunan 60 peratus dalam ketidakhadiran pekerja.
Kita boleh lihat situasi gambaran teknologi maklumat seperti di bawah;
“Pak Ayub merupakan usahawan desa yang menjalankan perniagaan restoran , apabila kerajaan telah mengarahkan agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan, Pak Ayub telah mengalami kemerosotan di dalam jualannya. Anak Pak Ayub mencadangkan agar Pak Ayub menggunakan medium teknologi maklumat bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya, hasil dari penggunaan teknologi tersebut hasil jualan Pak Ayub telah mendapat tempat di hati pelanggannya malahan Restoran Pak Ayub telah mendatangkan hasil jualan yang tinggi setelah Pak Ayub menggunakan Teknologi Maklumat Tersebut.”
Gambaran tersebut menunjukkan, keadaan Covid-19 telah merubah corak perniagaan Pak Ayub daripada perniagaan fizikal ke atas talian. Pak Ayub masih boleh menjalankan perniagaan cuma diubah menggunakan kemudahan teknologi. Justeru itu, perniagaan Pak Ayub tidak terjejas oleh pandemic Covid-19.
Oleh hal Digitalisasi telah menjadi sebahagian Bajet 2020, ia akan memberi kesan yang mengguntungkan bagi PKS yang telah menyumbang 66.2 peratus dalam pekerjaan dan sumbangan sebanyak 38.3 peratus kepada KDNK pada 2018. Teknologi dan Komunikasi juga turut disenaraikan sebagai antara empat teras utama dalam Belanjawan 2020, iaitu memacu pertumbuhan ekonomi baharu dan era digital pelaburan ke atas rakyat:Meningkatkan keupayaan Modal Insan.
Antara Inisiatif kerajaan yang telah ditekankan di dalam Belanjawan 2020 adalah:
- Kerajaan akan membangunkan insfraktuktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun. Di Kawasan Sabah dan Sarawak sebanyak RM 250 Juta telah diperuntukkan bagi penyediaan akses jalur lebar dan teknologi satelit.
- 14 Pusat peningkatan Digital sehenti di semua negeri akan dibangunkan untuk memudahkan akses pembiyaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.
- Konsep Tanggunjawab Sosial Digital (DSR) turut diperkenalkan bagi meningkatkan keupayaan kerja masa depan dengan kemahiran digital.
Selain itu, melalui Malaysia menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dari Luar Negara, Hal ini dapat ditunjukkan apabila Malaysia mula meneroka kekuatan Korea Selatan dalam teknologi dan inovasi yang maju.
Akhir Sekali, Industri di dalam Teknologi dan Maklumat memainkan peranan yang sangat penting di dalam pertumbuhan Ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa. Pertumbuhan digital perlu dilakukan sebagai strategi bagi memulakan kembali ekonomi Negara. Perniaagan yang wujud di negara ini haruslah mengambil peluang semaksima mungkin dalam memacu ekonomi negara disebalik kesulitan Covid-19.
Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
8 Mei 2020