BETUL KE BNM BUAT U-TURN?

6 May 2020 | Berita Terkini, Ekonomi | 0 comments

Isu hangat sejak 2, 3 hari lepas yang berlegar di Media Sosial. Netizen terkejut dengan penyataan yang dikeluarkan oleh BNM. Sebelum tu, Ada yang kurang jelas apa tu BNM. Siapa BNM ni? BNM ialah Bank Negara Malaysia. Yang menjadi tunggak atau punca kewangan negara. Turun naik ekonomi mereka yang jaga. Lagi-lagi musim PKP ini. Nak tahu duit Malaysia pada tahap mana, mereka la yang bertanggungjawab.

Kembali kepada isu, betul ke BNM buat u-turn dengan penyataan mereka pada sebelum ni. Mengikut makluman pada mac lalu semasa pkp bermula,

“Moratorium diberikan selama 6 bulan tempoh penangguhan bayaran pinjaman sewa beli atau bayaran kewangan islam”

Tapi, pada 30/4/2020 yang lepas, makluman bahawa akan dikenakan caj faedah.

Apakah yang berlaku dan apakah yang dimaksudkan oleh Moratorium ini?

Betul sebelum ini, pihak bank sendiri telah maklumkan yang tempoh bayaran adalah ditangguh sehingga 6 bulan. Perlu buat bayaran semula bermula Oktober 2020. Akan tetapi, netizen mungkin terlepas fakta penting. Bahawa selepas tempoh moratorium tamat iaitu pada bulan Oktober, akan dikenakan Langkah tambahan berdasarkan Akta Sewa beli iaitu, berlaku perubahan jadual atau jumlah bayaran. Cuma ini antara perjanjian pinjaman.

Dalam tempoh moratorium memang tak ada dikenakan caj apa-apa. Cuma lepas habis tempoh 6 bulan tu, ada Langkah tambahan yang perlu netizen alert. Fakta ni yang tertinggal tu. BNM dah keluarkan dalam FAQ di website mereka.

Apakah Langkah Tambahan itu?

Setiap peminjam atau pembiayaan:

  • Peminjam pilih nak bayar balik jumlah ansuran yang ditangguhkan secara berperingkat dalam tempoh masa bayar balik pinjaman.(Boleh start mula bayar bermula Oktober). Caj tu depends institusi kewangan korang ambil. Tak banyak sangat pon dikenakan.

  • Peminjam pilih nak bayar balik jumlah ansuran yang ditangguhkan secara sekaligus bagi bayaran ansuran bulanan peminjam yang terakhir. Habis je bayar lumsum so tak ada hutang, senang la.

  • Teruskan bayar macam biasa.

 

Part nombor 3..

Setiap institusi kewangan akan contact peminjam/pembiaya. Adakah setuju untuk ambil moratorium ni? Jika tak setuju boleh reply. Kalau setuju diam je, tak perlu buat apa. Cuma tempoh reply ini sehingga 7/4/2020 hari tu.

Adakah boleh untuk buat pembayaran seperti biasa?

Boleh. Boleh contact institusi kewangan sendiri. Macam Bank CIMB, akan keluarkan memo pada 7/5/2020. Ikut prosedur yang dikeluarkan nanti. Alert ya semua dengan institusi kewangan masing-masing. Untuk tahu info.

Kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri. Kena tengok keadaan kewangan sendiri, jika berada dalam kewangan yang baik, terus sahaja bayar macam biasa. Tapi kalau memang urgent nak guna duit tu, boleh ambil moratorium. Dah diberi peluang oleh kerajaan dan institusi kan. Jadi,  boleh buat simpanan duit tu. Bukan boros beli benda lain yang bukan keperluan. Untuk kegunaan pada tahun 2020 ini, kerana ekonomi Malaysia tak stabil. Ekonomi Malaysia pon tak stabil, apatah lagi kita.  

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn BHd.
5 Mei 2020