GERAN KHAS PRIHATIN: PERMOHONAN BERMULA 1 MEI.

5 May 2020 | Berita Terkini, Ekonomi, Perniagaan | 0 comments

Dalam menangani isu wabak Covid-19 di negara ini, ia saat yang paling sukar dihadapi oleh para pengusaha PKS mikro untuk bertahan dan memastikan operasi perniagaan mereka berjalan seperti biasa.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah mengambil initiatif sebagai langkah tambahan untuk menyokong perniagaan dengan mewujudkan Geran Khas PRIHATIN.

APAKAH GERAN KHAS PRIHATIN?

Bantuan kewangan yang berbentuk geran berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

APA ITU PERUSAHAAN MIKRO?

Secara bahasa ringkasnya, perusahaan mikro atau microenterprise ialah  syarikat saiz kecil seperti contoh pengusaha pasar malam, penjaja dan lain-lain. Definisi perusahaan mikro yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan adalah perniagaan yang mempunyai:

  • Nilai jualan tahunan kurang daripada RM300,000;

ATAU

  • Bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang

Geran Khas Prihatin ini berbeza dari pinjaman, di mana anda sebagai pengusaha PKS mikro, tidak perlu membayar kembali geran/ dana tersebut. Ini adalah berita baik kerana Geran ini bukanlah pembiayaan yang anda perlu buat pembayaran semula.

 “Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi. Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.’’, ujar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SIAPAKAH AGENSI YANG MENGURUSKAN GERAN KHAS PRIHATIN?

  • Pengusaha PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan syarat utama kelayakan untuk menikmati kemudahan ini.
  • Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

CARA-CARA MEMOHON?

  • Permohonan Geran Khas Prihatin kini telah dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.
  • PKS mikro yang layak sahaja akan mendapat RM3,000 setiap seorang atau syarikat.

 

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN?

  • Mana-mana syarikat mikro PKS yang telah berdaftar dengan LHDN sebelum 1 Januari 2020.
  • Syarikat mikro PKS sudah berdaftar syarikat dengan SSM.
  • Kerajaan akan mendapatkan senarai syarikat PKS mikro daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia baik di Kuala Lumpur KL, Pulau Pinang Penang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu, kelantan, Johor, Selangor, Perak, Pahang dan Kedah.

 

 

Chartered Account
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd
5 Mei 2020