GERAN KHAS PRIHATIN BERMULA 1 MEI- PANDUAN PERMOHONAN NO. PIN & LOGIN KALI PERTAMA

4 May 2020 | Berita Terkini, Ekonomi, Perniagaan | 0 comments

GERAN KHAS PRIHATIN BERMULA 1 MEI ( PANDUAN PERMOHONAN NO. PIN & LOGIN KALI PERTAMA)

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga mikro, permohonan Geran Khas Prihatin kini dibuka mulai 1 Mei 2020. Agensi yang terlibat dalam menyelaraskan dan mengumumkan proses permohonan adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Bagi syarikat mikro yang ingin menikmati geran khas sebanyak RM3,000 ini, mereka perlulah mencapai syarat utama iaitu berdaftar dengan LHDN. Setiap syarikat mikro/pengusaha/peniaga PKS juga perlulah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanakah cara memohon LHDN secara online bagi mereka yang belum pernah menggunakan sistem e-Filing income tax secara online? Bagi pertama kali, anda perlu berdaftar dengan LHDN.

 

1)Bagi pendaftaran nombor cukai, anda perlu:

  • Layari ke laman web edaftar.hasil.gov.my
  • Semak terlebih dahulu sama ada pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya anda pernah ada nombor cukai, anda tidak perlu mengisi borang pendaftaran dalam laman ini.
  • Cara semakan pendaftaran tersbut, boleh layari ke http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php untuk mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan.
  • Anda wajib klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)” sekiranya mempunyai perniagaan atau komisen income.
  • Anda dinasihatkan untuk semak semula maklumat yang telah diisi dan setelah itu, klik “submit”.
  • Nombor cukai dan lokasi cawangan fail cukai akan diberikan sejurus anda klik “submit”. Anda perlu menyimpan nombor dan lokasi ini bagi kegunaan urusan percukaian.

 

2)Selepas permohonan berjaya, anda perlu mendapatkan nombor pin untuk akses login ke ezHasil khususnya mereka yang pertama kali mendaftar LHDN secara online. Permohonan nombor pin e-Filing syarikat perlu dibuat secara online seperti berikut:

  • Sila ke laman https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
  • Klik Permohonan
  • Klik Permohonan nombor pin
  • Klik Borang CP55D dan lengkapkan
  • Klik seterusnya untuk mengisi borang maklum balas dan lengkapkan
  • Subjek letak “Mohon Nombor Pin”
  • Pilih TIDAK pada kolum “Borang CP600B dilampirkan”
  • Muat naik atau upload borang CP55D
  • Lampirkan bersama Salinan pengenalan diri atau IC
  • Sila isi “Dilampirkan Borang CP55D dan salinan pengenalan diri untuk rujukan selanjutnya” di ruangan “Butiran”
  • Klik “submit” dan tetingkap seperti gambar di bawah akan muncul:

*Nombor pin e-Filing hanya akan dikeluarkan jika permohonan lengkap.

*Untuk submission borang cukai pendapatan secara online, perlu ada nombor pin e-Filing sebelum akses ke laman tersebut

Gambar rajah berikut merupakan proses permohonan nombor pin e-Filing secara ringkas:

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn BHd.
4 Mei 2020