“MALAYSIA MENGAMBIL PENDEKATAN AGRESIF, TARIK FDI.” APA ITU FDI?

29 Apr 2020 | Berita Terkini, Ekonomi | 0 comments

“MALAYSIA MENGAMBIL PENDEKATAN AGRESIF, TARIK FDI.” APA ITU FDI?

 

FDI (Foreign Direct Investment) atau Pelaburan Langsung Asing di Malaysia adalah apabila syarikat asing membuat pelaburan ke dalam Malaysia dengan cara membina perniagaan baru atau membeli perniagaan sedia ada. Sejak merdeka lagi, sebuah syarikat asing iaitu INTEL yang menjalankan perniagaan pemprosesan komputer telah melabur sebanyak USD1.6 juta bagi memulakan operasinya di tanah air, begitu juga dengan Nestle, IKEA dan syarikat ternama yang lain.

Kepentingan pelabur asing ialah dapat meningkatkan serta memulihkan ekonomi negara melalui pelaburan. FDI biasanya melibatkan pelaburan dalam aktiviti pengurusan, usahasama, pemindahan teknologi dan kepakaran tinggi. Fokus terhadap pelaburan berteknologi tinggi, ia boleh membantu menggalakkan peluang pekerjaan tenaga mahir dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Kesan FDI amatlah besar dari penambahbaikan kecil, ia boleh menambah peluang pekerjaan kepada rakyat seterusnya penambahbaikan besar seperti memberi hasil pulangan cukai kepada negara kita. (BFM Radio, 2018)

Malaysian Investment Development Authority (MIDA), merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab membawa dan menguruskan pelaburan langsung di Malaysia.

Memetik daripada artikel berita Bernama, disebabkan gangguan terhadap ekonomi negara oleh wabak Covid-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Selepas ini, seluruh dunia mahukan pelaburan berikutan modal dunia tidak mencukupi. Jika Malaysia tidak mengambil langkah agresif untuk menarik pelaburan dengan cara baharu dan agresif, kita akan ketinggalan.”

Baru-baru ini, Pulau Pinang mencatatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) paling tinggi dalam sektor pembuatan di negara ini iaitu sebanyak RM15 billion yang membabitkan 166 projek. Manakala, jumlah pelaburan diluluskan (domestic dan asing) dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang ialah sebanyak RM16.9 billion. Rekod itu adalah berdasarkan kepada laporan pelaburan diluluskan bagi tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Lembaga MIDA tempoh hari.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata “Kedua-dua angka ini merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah negeri kita setakat ini. Ini membuktikan bahawa pelabur asing masih mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ekosistem pelaburan ditawar oleh Pulau Pinang.”

 

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
29 April 2020