Covid-19: Perniagaan Atas Talian dijangka menjadi Penyumbang Terbesar KDNK Negara.

28 Apr 2020 | Berita Terkini, Ekonomi | 0 comments

Memasuki fasa keempat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020 menyaksikan kemerosotan ekonomi terus berlaku di Malaysia. Akibat penutupan perniagaan semenjak 18 March 2020, negara mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari. Ini menjadikan jumlah kerugian sehingga kini (27 April 2020) RM98billion secara puratanya.

“Kita perlu menentukan dalam kita menjaga dan memelihara kesejahteraan rakyat daripada wabak Covid-19, kita juga mahu memastikan ekonomi kita mampu bertahan dalam satu jangka masa yang agak berpatutan,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Melalui kegiatan ekonomi, kerajaan memungut cukai tetapi dalam keadaan kalau perniagaan sudah rosak, atau rugi, mana pendapatan yang kerajaan boleh tampung untuk membiayai segala keperluan rakyat. Tak mungkin kita dapat melaksanakan itu,” katanya lagi.

Dalam menghadapi kekangan ini, sektor ekonomi perniagaan atas talian atau secara digital yang akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. Semua sektor perniagaan digesa untuk bertukar kearah pendekatan digital bagi membantu diri mereka dan membantu melindungi ekonomi negara.

“Jelas terbukti sehari perniagaan kita tidak berjalan, kita rugi RM2.4 billion. Cuba kira berapa hari sudah kita mengenakan PKP ini, kesan kepada ekonomi amat buruk.”

Seperti apa yang kita dapat lihat sekarang, terdapat banyak promosi-promosi yang diiklankan di kaca tv mahupun di media sosial oleh para peniaga di atas talian seperti Shoppee, Lazada, Foodpanda dan seumpama dengannya. Perkara ini telah menjadi trend baharu kepada semua rakyat di mana ada di kalangan mereka yang kerap membeli barangan secara atas talian dan menambah item-item yang diinginkan di dalam “cart” masing-masing. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu menyumbang kepada ekonomi negara.

Turut merancakkan perniagaan atas talian adalah dengan kewujudan e-baazar bagi mempromosi menjual pelbagai juadah berbuka puasa. Kedatangan Ramadhan membuka peluang peniaga makanan dan minuman untuk menambah pendapatan mereke setelah terjejas akibat PKP ini.  Satu lagi medium membeli-belah popular dalam talian, Lazada turut menampilkan beberapa promosi bagi membantu rakyat negara ini. Syarikat berkenaan menggunakan tagline ‘Keep Calm and Shop From Home‘ bagi menenangkan rakyat yang ketika ini mungkin risau dengan perkembangan semasa Covid-19.

Justeru itu, rakyati digalakkan menggunakan medium e-dagang sepenuhnya bagi memenuhi permintaan sekaligus mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19. Sentiasa beringat bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

 

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
28 April 2020