TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG CUKAI

24 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Cukai, Ekonomi, Pengurusan Akaun, Pensyarikatan, Perniagaan | 0 comments

Cukai secara mudahnya disebut sebagai biaya yang dibayar oleh individu kepada pemerintah. Setiap pendapatan yang diperoleh (jika layak) haruslah dilaporkan kepada pihak berkanun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Setiap borang yang disediakan oleh LHDN mempunyai tujuan dan tarikh akhir penghantaran yang perlu diambil tahu oleh individu, syarikat, perkongsian mahupun lain-lain jenis. Tarikh akhir penghantaran amat penting untuk mengelakkan sebarang penalti dikenakan di atas kelewatan membuat penghantaran dan pembayaran cukai.

Jadual di bawah menunjukkan tarikh akhir penghantaran bagi setiap borang.

NO. BORANG KATEGORI TARIKH AKHIR
1 E BORANG BAGI MAJIKAN 31 MAC
2 BE INDIVIDU TIDAK MENJALANKAN PERNIAGAAN 30 APRIL
3 B INDIVIDU YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN 30 JUN
4 P PERKONGSIAN 30 JUN
5 BT INDIVIDU (PEKERJA BERPENGETAHUAN) MENJALANKAN PERNIAGAAN

30 JUN

@

TIDAK MENJALANKAN PERNIAGAAN

30 APRIL

 

6 M INDIVIDU BUKAN PEMASTAUTIN
7 MT INDIVIDU BUKAN PEMASTAUTIN (PEKERJA BERPENGETAHUAN)
8 TF PERTUBUHAN
9 TP HARTA PUSAKA
10 TJ KELUARGA SEKUTU HINDU
11 C SYARIKAT 7 BULAN DARI TARIKH

PENUTUPAN AKAUN

12 C1 KOPERASI
13 PT PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD
14 TA BADAN AMANAH
15 TC UNIT AMANAH/AMANAH HARTA TANAH
16 TR AMANAH PELABURAN HARTA TANAH/TABUNG AMANAH HARTA
17 TN AMANAH PERNIAGAAN

 

Untuk memudahkan pembayar cukai di Malaysia, pihak LHDN telah memperkenalkan sistem e-filing bagi memudahkan individu menghantar borang secara elektronik. Namun, pembayar cukai masih boleh menggunakan alternatif secara manual dengan mengantar borang (salinan) kepada kaunter LHDN. Namun begitu, kelebihan diberikan kepada pembayar cukai jika menggunakan kaedah e-filing dengan tambahan masa (mengikut jenis borang) diberikan untuk menghantar borang nyata cukai. Antara kelebihan penggunaan e-filing adalah:

  1. Menjimatkan masa.

Pembayar cukai tidak perlu untuk bersesak di kaunter LHDN hanya untuk membuat penghantaran borang.

2. Memudahkan proses borang

Masa yang diambil untuk memproses borang adalah secara automatik berbanding kaedah manual. Proses pembayaran cukai juga akan dipercepatkan.

Namun, masih terdapat segelintir rakyat yang masih tidak peka akan kepentingan penghantaran cukai ke LHDN. Bagi yang cakna, mereka akan jadikan aktiviti ini adalah rutin tahunan buat mereka. Jika tidak,  mereka hanya akan menghantar borang cukai jika keadaan mendesak sahaja. Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah mempunyai rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan bagi membantu pihak kerajaan.

Untuk makluman lanjut mengenai khimat percukaian, boleh berhubung terus dengan Hex Corporate Strategies di talian (03-89229784)

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
24 April 2020