APA BEZA AKTA SYARIKAT 1965 & AKTA SYARIKAT 2016

22 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Pensyarikatan, Perniagaan | 0 comments

Seperti yang sedia maklum, Akta Syarikat 2016 telah berkuatkuasa secara berperingkat mulai 31 Januari 2017. Tujuan akta ini digubal adalah untuk memastikan bahawa polisi yang bersifat mesra perniagaan dengan lebih efisyen serta kelebihan dan faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat korporat.

Akta syarikat ini dilaksanakan untuk mentransformasikan perundangan insolvensi di negara ini. Pelbagai alternatif telah dikeluarkan untuk membantu korporat baharu serta syarikat yang menghadapi masalah kewangan.

Akta ini juga dapat meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi perniagaan kompetitif di rantau ini.

Pembaharuan dalam laporan perniagaan, termasuk perakaunan dan juga sistem pengauditan yang lebih sempurna serta syarikat baharu tidak memerlukan dokumen Memorandum dan artikel Persatuan serta memeterai perbadanan ketika pendaftaran.

Namun, terdapat kesultian yang dihadapi oleh syarikat baharu mahupun lama untuk mengenalpasti dokumen. Seperti contoh perakuan pemerbadanan syarikat, jika akta syarikat 1965 dipanggil Borang 9, manakala dalam akta syarikat 2016 ialah Seksyen 17.

Tak perlu susah, disini dilampirkan jadual beberapa perbezaan kedua-dua akta yang selalu pihak syarikat perlukan, supaya Nampak lebih jelas dan terang.

BIL

AKTA SYARIKAT 1965

AKTA SYARIKAT 2016
(SEKSYEN)

BUTIRAN

1. FORM 32A 105 Kehendak bagi Surat Cara Pemindahmilikan
2. FORM 5 265 (4) Apabila suatu firma juruaudit disusun semula
3. FORM 5 265(1) Pendaftaran Firma Juruaudit
4. SCHEDULE 8 68 Kewajipan untuk meyerah simpan penyata tahunan
5. FORM 55 68 Kewajipan untuk menyerah simpan penyata tahunan
6. FORM 49 58 Kewajipan untuk memberitahu butir-butir dan pertukaran pengarah , pengurus dan setiausaha
7. FORM 53A 55 (3) Pemeriksaan dan penutupan daftar anggota dan indeks
8. FORM 44 46 Pejabat berdaftar dan waktu pejabat
9. FORM 13A & 11 28 Permohonan pertukaran nama syarikat
10. MEMORANDUM AND ARTICLE OF ASSOCIATION 32 Syarikat boleh menerima pakai perlembagaan
11. N/A 14 Permohonan bagi pemerbadanan
12. N/A 27(1) & (4) Pengesahan tentang ketersediaan dan perizaban nama
13. N/A 32 Syarikat boleh menerima pakai perlembagaan
14. FORM 24 51 Kewajipan untuk memberitahu butir-butir dan pertukaran dalam daftar anggota
15. FORM 24 78 Penyata pengumpukan
16. N/A 58 & 236 (2) Kewajipan untuk memberitahu butir-butir dan pertukaran pengarah , pengurus dan setiausaha dan Perlantikan Setiausaha Pertama
17. FORM 9 17 Certificate of Incorporation of Private Company

 

Jika mahukan yang lebih menarik dalam ilustrasi gambar, boleh rujuk di facebook page kami iaitu posting pada 22 April 2020, (Perbezaan Akta Syarikat).

Dengan langkah ini, kami berharap korporat baharu lebih jelas dan faham. Semoga berjaya!

Terima kasih.

 

Hex Corporate Strategis Sdn Bhd
22 April 2020