COVID-19 MENGUBAH CARA HIDUP: NEW NORMAL

21 Apr 2020 | Berita Terkini | 0 comments

New Normal atau Kebiasaan Baharu ialah Rutin Baharu hidup yang perlu diteima oleh rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tanpa kita sedari, rutin harian kehidupan kita telah pun berubah dek kerana penularan wabak Covid-19 ini. Rakyat perlu terima perubahan dalam kehidupan mereka seperti tiada lagi perjumpaan sosial antara sahabat dan keluarga, tiada lagi amalan lepak di warung mamak mahupun makan di luar dan sebagainya.

Bagaimana dengan perniagaan perancang perkahwinan selepas ini? Pastinya mereka “mati kutu” untuk melangkah ke fasa seterusnya. Hal ini kerana rakyat dinasihatkan untuk menjaga jarak sosial untuk tempoh selama setahun. Sudah pasti, segala perancangan untuk perkahwinanatau keraian akan dibatalkan.

Bagaimana pula dengan kebiasaan rakyat yang suka berbelanja? Apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi perubahan ini? Kita mestilah mengubah gaya hidup berbelanja kita. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, “rakyat perlu menerima hakikat bahawa pendapatan mereka akan berkurangan selain risiko kehilangan pekerjaan selepas pendapatan syarikat mengalami kemerosotan.

Setiap daripada kita akan mendapat pendapatan yang lebih rendah, gaya hidup kita perlu berubah.”

“Kita tak boleh harap hidup dengan gaya hidup sebelum ini dengan kos tinggi. Kita kena kurangkan itu semua dan kurangkan perbelanjaan kita supaya keperluan kita terhadap duit juga dapat dikurangkan.”

 

Gambar sekadar hiasan

 

Selain daripada mengubah cara berbelanja, kita boleh juga cuba meneroka peluang baharu. Misalnya, melalui platform digital. Seperti contoh, peniaga-peniaga bazaar Ramadhan berkemungkinan akan kehilangan punca pendapatan mereka pada bulan Ramadhan nanti, oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati dengan memulakan langkah ke dalam platform digital iaitu dengan menyediakan kemudahan e-bazaar supaya bakal pelanggan mereka masih mampu membeli hasi jualan mereka dan secara langsung memberikan keuntungan serta melakukan hasil jualan para peniaga. Sementara itu, usahawan lain juga yang ingin memperoleh pendapatan sampingan boleh merebut peluang dengan melakukan perkhidmatan penghantaran makanan daripada bazaar tersebut sehingga ke hadapan rumah pelanggan. Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya berfikiran kreatif dan inovatif bagi menghadapi fasa New Normal ini selain membantu mereka daripada hilang punca pendapatan.

Namun, New Normal yang terpaksa dihadapi oleh para frontliners berbeza ceritanya di mana mereka terpaksa terima berpisah dan kurangnya waktu bersama keluarga tersayang serta berkorban demi merawat beribu rakyat yang dijangkiti wabak berkenaan. Mereka adalah hero kita, segala rasa hormat dan penghargaan mereka patut terima dan kita mainkan peranan kita membantu mereka dengan cara duduk di rumah.

Pastinya setiap dari lapisan rakyat di Malaysia akan melalui kehidupan “new normal” berbeza-beza mengikut tahap penerimaaan seseorang. Cuma yang paling penting, persediaan dan emikiran rakyat haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang bakal berlaku. Sudah tentu, tahun 2020 bukanlah seperti tahun yang kita semua rancangkan.

 

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
21 April 2020