ADA APA PADA SYARIKAT SDN. BHD. ?

17 Apr 2020 | Artikel, Pensyarikatan | 0 comments

Apakah itu syarikat Sdn. Bhd.? Syarikat adalah entiti di mana ia perlu berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Mengikut Akta Syarikat 2016, penubuhan syarikat perlulah sekurang-kurangnya seorang pengarah yang bermastautin berbanding dua orang mengikut Akta Syarikat 1965.sebelum ini. Pada zaman kini, terdapat lambakan perniagaan di luar sana tidak kira milikan tunggal, syarikat mahupun perkongsian. Berdasarkan statistik yang diperoleh dari laman sesawang SSM, lebih kurang 47,328 syarikat sdn. bhd. yang berjaya didaftarkan sehingga tahun 2018.

Setiap individu yang ingin mendaftar syarikat sdn. bhd. haruslah mempunyai tujuan dan maklamat yang tepat untuk membawa perniagaan maju ke hadapan. Setiap perniagaan yang beroperasi sudah tentu tidak mahu berhenti sekerat jalan. Setiap kesenangan pasti akan merasi kepahitan dahulu bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian”.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melangkah ke syarikat sdn. bhd:

1.0 SELAMAT DARIPADA BANKRUP

Hutang syarikat adalah terhad bermaksud segala hutang akan dibayar menggunakan aset di atas nama syarikat sahaja tanpa melibatkan aset pemilik

2.0 LEBIH SISTEMATIK

Mempunyai Setiausaha Syarikat yang menjadi wakil antara dua pihak, syarikat dan SSM. Kewangan syarikat juga akan diaudit oleh juruaudit bertauliah.

3.0 LEBIH KREDIBILITI

Laporan kewangan dan tahunan setiap tahun wajib difailkan ke pihak SSM. Sekaligus menyebabkan pihak ketiga yakin untuk berurusan dengan syarikat.

4.0 JIMAT CUKAI

Cukai yang dikenali sebagai cukai korporat akan dikenakan berdasarkan keuntungan syarikat. Terdapat insentif dan pelepasan cukai yang dapat membantu syarikat menurunkan cukai yang perlu dibayar.

5.0 BOLEH PINDAH MILIK

Semakin banyak unit saham yang dimiliki oleh seeorang pemilik, semakin kuat kuasa pemilikannya keatas sesebuah syarikat itu.

6.0 SUMBER MODAL YANG BANYAK

Modal boleh ditambah melalui pinjaman bank, serta pelaburan daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

7.0 SYARIKAT SEBAGAI ASET

Nilai pasaran berkait rapat dengan faktor pindah milik aset. Syarikat Sdn Bhd yang boleh dipindah milik menyebabkan   ianya boleh menjadi aset kepada pemiliknya.

8.0 KEKURANGAN

Tuntutan perundangan yang agak banyak dan tegas oleh pihak SSM. Namun begitu, ia dapat diatasi sekiranya syarikat mendapatkan nasihat professional berterusan dari setiausaha syarikat bertauliah

Terdapat banyak lagi kelebihan dan juga kekurangan untuk menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd.

Jika perlukan bantuan mengenai syarikat sdn bhd boleh berhubung dengan kami di talian 03-89229784 atau 019-398 8645 atau emelkan masalah anda di info@hexcorporate.com.

Terima kasih.

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
17 April 2020