SUBSIDI UPAH & ERP. Apa yang perlu majikan tahu?

10 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Cukai, Nasihat Kewangan, Pengurusan Akaun, Perniagaan | 0 comments

“SUBSIDI UPAH & ERP”

 

Baru-baru ini, pada tanggal 6 April 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan) berkenaan penambahbaikan Program Subsisi Upah (PSU) atau Wage Subsidy.

Sebelum ini, program ini telah pun diuar-uarkan kepada rakyat dan program ini juga merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerja (ERP). Pasti terdapat segelintir persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat, ‘’Apakah perbezaan di antara subsidi upah dan ERP?’’ khususnya daripada pihak majikan dan pekerja.

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/program-subsidi-upah

 

Oleh itu, bagi yang tertanya-tanya apakah perbezaan ERP berbanding Program Subsidi Upah (PSU), PERKESO telah menjelaskan seperti berikut:

‘’ERP adalah bantuan RM600 yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka bagi tempoh maksimum 6 bulan. Manakala Wage Subsidy adalah subsidi upah bermula RM600 sebulan (mengikut terma dan syarat)yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka (terhad kepada 200 orang) bagi tempoh maksima 3 bulan.’’

 

Secara ringkasnya, rajah berikut menunjukkan penerangan dengan lebih jelas tentang perbezaan antara kedua-duanya:

ERP Bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) RM600 sebulan kepada pekrja yang bersetuju mengambil cuti tanpa gaji.
Program Subsidi Upah Bantuan kewangan kepada majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% supaya dapat mengekalkan pekerja.

 

ERP

Program Subsidi Upah
Tempoh bantuan 3 hingga 6 bulan 3 bulan sahaja

 

Program Pengekalan Pekerja (ERP) berfungsi bagi membantu pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan mereka yang terpaksa mengurangkan kos operasi akibat perniagaan yang terjejas kerana COVID-19. Program ini juga telah bermula pada 1 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan oleh kerajaan/ PERKESO kelak.

 

Sebagai info tambahan, bagi majikan yang telah memohon ERP dan permohonan telah diterima sebelum ini, majikan boleh memohon PSU melalui prihatin.perkeso.gov.my yang telah dibuka pada 1 April lalu selagi memenuhi syarat-syarat permohonan PSU. Namun, majikan tidak dibenarkan memohon ERP dan PSU pada bulan yang sama dan untuk pekerja yang sama. Walau bagaimanapun, majikan dibenarkan untuk memohon ERP dan PSU bagi pekerja yang berlainan pada bulan yang sama dengan memenuhi syarat-syarat permohonan PSU.

 

Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
10 April 2020