‘’GERAN PERCUMA’’ UNTUK SETIAP PENGUSAHA PERNIAGAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) MIKRO.

10 Apr 2020 | Berita Terkini, Perniagaan | 0 comments

‘’GERAN PERCUMA’’

Dalam menangani isu wabak Covid-19 di negara ini, ia saat yang paling sukar dihadapi oleh para pengusaha PKS mikro untuk bertahan dan memastikan operasi perniagaan mereka berjalan seperti biasa.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah mengambil initiatif sebagai langkah tambahan untuk menyokong perniagaan dengan mewujudkan Geran Khas PRIHATIN.

 

APAKAH GERAN KHAS PRIHATIN?

Bantuan kewangan yang berbentuk geran berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

APA ITU PERUSAHAAN MIKRO?

Secara bahasa ringkasnya, perusahaan mikro atau microenterprise ialah  syarikat saiz kecil seperti contoh pengusaha pasar malam, penjaja dan lain-lain. Definisi perusahaan mikro yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan adalah perniagaan yang mempunyai:

  • Nilai jualan tahunan kurang daripada RM300,000;

ATAU

  • Bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang

 

Geran Khas Prihatin ini berbeza dari pinjaman, di mana anda sebagai pengusaha PKS mikro, tidak perlu membayar kembali geran/ dana tersebut. Ini adalah berita baik kerana Geran ini bukanlah pembiayaan yang anda perlu buat pembayaran semula.

“Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi. Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.’’, ujar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SIAPAKAH AGENSI YANG MENGURUSKAN GERAN KHAS PRIHATIN?

  • Pengusaha PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan syarat utama kelayakan untuk menikmati kemudahan ini.
  • Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

CARA-CARA MEMOHON?

  • Pengusaha PKS mikro tidak perlu memohon! Selagi mereka layak, bantuan RM3,000 akan dipindahkan terus ke akaun bank perusahaan mikro.
  • Tiada permohonan dibuka. Ini kerana kerajaan akan memilih untuk memberikan bantuan geran ini kepada mana-mana yang telah daftar dengan LHDN Malaysia sebelum 1 Januari 2020.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN?

  • Mana-mana syarikat mikro PKS yang telah berdaftar dengan LHDN sebelum 1 Januari 2020.
  • Syarikat mikro PKS sudahh berdaftar syarikat dengan SSM.
  • Kerajaan akan mendapatkan senarai syarikat PKS mikro daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia baik di Kuala Lumpur KL, Pulau Pinang Penang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu, kelantan, Johor, Selangor, Perak, Pahang dan Kedah.

 

BAYARAN

  • Bayaran RM3,000 secara one off ke dalam akaun bank syarikat PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN.
  • Dianggarkan bantuan geran khas sejumlah RM3,000 ini akan diberikan sejumlah 700,000 syarikat mikro PKS di Malaysia.

Selain daripada bantuan yang diberikan oleh pihak Kerajaan, pengusaha PKS disarankan mengambil initiatif sendiri dengan bertindak secara proaktif bagi memastikan kelangsungan perniagaan. Pengusaha PKS boleh mengambil peluang dengan cara memulakan pernigaan secara digital. Platform digital ini berkemungkinan boleh membantu perniagaan mereka dengan lebih efisien.

 

Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
10 April 2020