APAKAH ITU TAHUN BERAKHIR KEWANGAN @ FINANCIAL YEAR ENDED (FYE) ?

9 Apr 2020 | Artikel, Pengurusan Akaun, Pensyarikatan | 0 comments

Tarikh akhir Penyata Kewangan Beraudit (Audit Report) bagi sesebuah syarikat itu, perlulah mengikut garis panduan di bawah Seksyen 248 (Akta Syarikat 2016). Pengarah Syarikat perlulah memastikan Penyata Kewangan Beraudit (Audit Report) di serah simpan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh akhir kewangan syarikat. Manakala bagi Tahun Pertama Kewangan, hendaklah diserah simpan ke SSM dalam tempoh 18 bulan dari tarikh syarikat ditubuhkan.

Manakala tarikh akhir penghantaran serah simpan bercukai syarikat (Borang C) ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh berakhir kewangan.

NAMUN,

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan berikutan penularan wabak penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Coronavirus disease (COVID-19), terdapat banyak industri yang terjejas dan perlu memberhentikan operasi sepanjang tempoh PKP. Hanya “essential services” sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP untuk membendung  wabak penyakit ini.  Pelbagai inisiatif yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu kebajikan masyarakat sepanjang tempoh PKP ini berlaku. Antaranya ialah (rujuk gambar 1):

 

Gambar 1

 

Inisiatif ini telah diumumkan dalam pakej rangsangan Ekonomi tambahan yang dibaca khas oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 6 April 2020 lalu.

 

 

 

 

Mendengar keluh kesah syarikat dari pelbagai industri, kerajaan memberi pihak syarikat lanjutan tempoh  untuk menyerah simpan Penyata Kewangan bagi syarikat Tahun Berakhir Kewangan pada 30/09/2019 hingga 31/12/2019. Pelanjutan tempoh serah simpan ini ialah 3 BULAN SELEPAS tarikh akhir PKP (mengikut tarikh akhir serah simpan ke SSM).

Pihak syarikat juga perlu membuat permohonan di SSM dan tiada caj fi lewat dikenakan.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan MORATORIUM secara automatik selama 30 HARI daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.

Langkah yang kerajaan keluarkan ini adalah untuk membantu dan meringankan beban syarikat agar dapat berurusan dengan lebih professional dan tidak dikenakan penalti di kemudian hari.

Oleh itu, pihak syarikat perlu mengambil berat tarikh penting ini dan sentiasa berurusan dengan akauntan syarikat dan setiausaha syarikat anda.

Hex Corporate Strategis Sdn. Bhd.
09 April 2020