SUBSIDI UPAH (WAGES SUBSIDIARY)

8 Apr 2020 | Artikel, Cukai, Pengurusan Akaun | 0 comments

SUBSIDI UPAH (WAGES SUBSIDIARY)

BANTUAN KHUSUS BUAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Berdasarkan pengumuman  YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada 06 April 2020, terdapat langkah tambahan buat para Perusahaan Kecil dan Sederhana dan juga perniagan kecil atau mikro (PKS).

 

Pakej tambahan sebanyak RM10 bilion ini diharap dapat membantu pihak PKS dari segi kewangan dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.

 

Langkah pertama yang dapat membantu pihak majikan adalah bantuan subsidi upah. Peruntukan program subsidi upah dinaikkan daripada RM 5.9 bilion kepada RM 13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM 7.9 bilion berbanding peruntukan yang diumumkan pada 27 March 2020. Dibawah insentif ini, syarikat yang mempunyai pekerja tempatan bergaji Rm 4000 dan ke bawah akan menerima subsidi upah selama 3 bulan seperti penerangan berikut:

 

Saiz Perubahan MIKRO DAN KECIL SEDERHANA BESAR
Definisi 75 orang pekerja dan ke bawah 76 hingga 200 orang pekerja 201 orang pekerja ke atas (lebih 200 orang)
Bantuan Kewangan RM 1,200 sebulan setiap pekerja RM 800 sebulan setiap pekerja RM 600 sebulan setiap pekerja
Had Bilangan Pekerja 75 orang 200 orang 200 orang
Tempoh Bantuan 3 bulan 3 bulan 3 bulan

 

Subsidi upah akan bermula pada 1 April 2020 selama 3 bulan (mengikut tarikh permohonan) dan permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my mulai 9 April 2020. Manakala, tarikh akhir permohonan subsidi upah adalah pada 15 September 2020 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh kerajaan. Bayaran Subsidi Upah akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan subsidi upah.

 

Namun begitu, terdapat beberapa syarat kelayakan yang digariskan oleh pihak kerajaan termasuklah:

  1. Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya. Namun bagi perniagaan kecil dan mikro, tiada syarat khas bagi jumlah jualan.
  2. Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO. Majikan juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020.
  3. Pekerja haruslah bergaji RM 4,000 ke bawah.
  4. Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja sekurang-kurangnya selama 6 bulan. (3 bulan dalam tempoh semasa menerima subsidi, dan 3 bulan selepas itu).

 

Selaras dengan tujuan kerajaan untuk membantu pihak PKS dalam kelangsungan perniagaan selepas tempoh PKP, terdapat kriteria yang TIDAK MELAYAKKAN untuk bantuan subsidi ini antaranya:

  1. Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau sebelum 1 Januari 2020.
  2. Majikan atau pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO.
  3. Pekerja yang sama yang telah mendapat bantaun Employment Retention Program (ERP) pada bulan yang sama.
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  5. Pekerja yang bergaji bulanan RM 4,000
  6. Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saran (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancer.
  7. Pekerja asing dan pegawai dagang. (expatriate)

 

KESAN SUBSIDI UPAH TERHADAP PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

 

Pengumuman Perdana Menteri mengenai subsidi upah melegakan hati usahawan Malaysia yang telah kehilangan sumber jualan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilangsungkan. Subsidi upah dapat membantu penjimatan kos operasi perniagaan selama 3 bulan dari segi pembayaran gaji pekerja dan dapat membantu kelangsungan operasi perniagaan selepas tempoh PKP berakhir.

 

SITUASI A

SITUASI KESAN FAEDAH
ABC Sdn. Bhd. menjalankan operasi perniagaan klinik pergigian. Berikutan perintah kawalan pergerakan, klinik beroperasi dalam tempoh 5 jam sehari dan terhad kepada servis tertentu. Hal ini berikutan orang ramai tidak dapat keluar rumah untuk mendapatkan servis pergigian. Hasil perniagaan merudum sehingga 50% dan syarikat tidak dapat membayar gaji pekerja seperti yang ditetapkan. Klinik mempunyai 6 orang pekerja yang bergaji RM 4,000 ke bawah.

2 pekerja: RM 2,200

4 pekerja: RM 2,000

Syarikat ABC Sdn. Bhd. boleh memohon subsidi upah untuk 6 orang pekerja. Gaji sebenar bagi 6 orang pekerja bejumlah RM 12,400. Dengan bantuan subsidi oleh kerajaan, syarikat dapat menjimatkan kos sebanyak RM 7,200 sebulan

 

Berdasarkan situasi di atas, syarikat ABC Sdn. Bhd. dapat mengurangkan perbelanjaan operasi syarikat sebanyak RM 21,600 selama tiga bulan. Rajah di bawah menunjukkan perbezaaan kos operasi selama tiga bulan jika tiada bantuan subsidi upah dan jika memohon subsidi upah.

SUBSIDI UPAH
RM 15,600

 

TANPA SUBSIDI UPAH
RM 37,200

 

Hal ini jelas menunjukkan subsidi ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap perusahaan industri dan membantu industri dalam kepayahan, pahit getir mengharungi keadaan yang mencabar ini.

 

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
08 April 2020