BANTUAN KHUSUS BUAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

8 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Cukai, Pengurusan Akaun, Perniagaan | 0 comments

BANTUAN KHUSUS BUAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

 

1.0 SUBSIDI UPAH

Memahami keperitan majikan untuk membayar gaji pekerja di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju untuk menaikkan peruntukan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion iaitu tambahan sebanyak RM7.9 billion. Semua syarikat yang mempunyai pekerja bergaji RM4,000 ke bawah layak menerima subsidi upah ini. Jumlah subsidi berbeza mengikut tigkat bilangan pekerja di dalam sesuatu organisasi:

  • Pekerja kurang dari 75 pekerja

Subsidi sebanyak RM 1,200 setiap pekerja.

  • Pekerja dari 76 orang sehingga 200 orang

Subsidi sebanyak RM800 setiap pekerja terhad kepada 200 orang.

  • Pekerja melebihi 200 orang

Subsidi sebanyak RM600 setiap pekerja terhad kepada 200 orang.

 

2.0 GERAN KHAS PRIHATIN

Langkah kedua bagi membantu usahawan kecil di Malaysia adalah dengan mewujudkan Geran Khas Prihatin berjumlah RM2.1 billion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Geran Khas Prihatin berjumlah RM2.1 billion bagi semua syarikat PKS mikro

RM3,000 disediakan bagi setiap syarikat yang berdaftar dengan LHDN. Bantuan ini dapat memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. Kerajaan akan mendapatkan senarai PKS Mikro yang layak dari pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 

3.0 MORATORIUM PINJAMAN

Dalam ucapan rasmi dari Perdana Menteri Malaysia bertarikh 6 April 2020, kerajaan menyeru organisasi pemberi pinjam wang yang berdaftar di bawah Akta Peminjam Wang 1951 untuk:

Memberi kemudahan kredit selama 6 bulan (April 2020 hingga September 2020) sepertimana yang telah diberikan pihak bank.

4.0 PEMANSUHAN KADAR FAEDAH

Permohonan bagi kemudahan ini disediakan bagi peniaga untuk membantu mereka dalam kelangsungan perniagaan. Pemohon boleh memilih salah satu kemudahan daripada berikut:

  • BANK SIMPANAN NASIONAL

Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta. (Had maksimum RM10,000)

  • TEKUN NASIONAL

Had maksimum RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%.

 

5.0 KADAR SEWA PREMIS

Bagi membantu peniaga di Malaysia, berdasarkan prinsip perkongsian beban, kerajaan menggesa pemilik premis untuk memberi pengurangan kadar sewa sekurang-kurangnya sewaktu fasa PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Sebagai timbal balik, pemilik premis yang memberi pengurangan atau pelepasan sewa akan mendapat faedah potongan cukai tambahan seperti ketetapan berikut:

  • Potongan cukai khas bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.
  • Hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.

6.0 KADAR BAYARAN LEVI

Usaha kerajaan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dipanjangkan dengan membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat di mana permit kerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020 (tidak terpakai kepada pembantu rumah).

pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25%

Bantuan ini dapat mengurangkan beban majikan dalam mengharungi cabaran ekonomi pada waktu sekarang.

 

7.0 RUNDINGAN DUA HALA

Pengumuman PKP sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pihak majikan di mana kos operasi masih perlu dibayar walaupun operasi diberhentikan. Kos ini termasuklah gaji pekerja yang  masih perlu dibayar. Oleh itu, kerajaan menggalakkan perundingan diadakan antara pihak majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pemilihan potongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP. Majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat dan cara penyelesaian.

Apa yang lebih penting adalah hak kebajikan kedua-dua pihak sentiasa terbela.

8.0 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pihak kerajaan amat menitik berat setiap permasalahan yang berlaku dan halangan kepada pihak peniaga. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk:

  • Memberi moratorium secara automatik selama 30 hari (dari tarikh akhir PKP) bagi mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.
  • 3 bulan tambahan masa (dari tarikh akhir PKP) bagi mengemukakan penyata kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan.

 

Rujukan: Teks ucapan Perdana Menteri Malaysia
Tarikh: 08 April 2020

© Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.