TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG NYATA LHDN

7 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Cukai, Pengurusan Akaun, Perniagaan | 0 comments

Pada tarikh 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan satu tindakan untuk membendung penularan penyakit Covid 19 dengan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi fasa pertama. Kemudian pengumuman baru bagi PKP fasa kedua adalah sepanjang 1 April 2020 sehingga 14 April 2020.

Selaras dengan pengumuman tersebut, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil langkah drastik untuk menutup semua premis LHDN seluruh Negara

(kecuali kaunter duti setem di Pejabat setem Cawangan dan hasil Care Line)

berkuatkuasa 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020. Hal ini bagi mengelakkan penularan wabak tersebut dan menggurangkan kadar masa individu untuk berada di luar rumah. Namun, perkhidmatan atas talian masih boleh digunakan oleh orang ramai melalui medium “Borang Maklum Balas Pelanggan”.

Menyedari kesulitan orang ramai untuk membuat penghantaran borang nyata tahun 2020, LHDN menerusi kenyataan rasmi (kemaskini 3 April 2020), terdapat tambahan masa bagi mengemukakan borang nyata secara e-filing mahupun manual. Pengumuman ini dapat membantu orang ramai dalam penyediaan borang nyata sama ada pihak individu mahupun syarikat. Disebalik kegusaran orang ramai terhadap situasi pandemik Covid-19 , tambahan masa ini melegakan hati individu yang terlibat dalam penghantaran borang nyata tersebut.

Berikut merupakan ringkasan tarikh akhir penghantaran borang nyata bagi syarikat dan individu. Sila rujuk Jadual 1.

JENIS BORANG TARIKH AKHIR (MENGIKUT AKTA) TAMBAHAHAN MASA TARIKH AKHIR PENGHANTARAN
B 30 JUNE 2020 2 BULAN 31 OGOS 2020
BE 30 APRIL 2020 2 BULAN 30 JUNE 2020
E 31 MAC 2020 2 BULAN 31 MEI 2020
P 30 JUNE 2020 2 BULAN 31 OGOS 2020
C 7 BULAN DARI TARIKH AKHIR PENUTUPAN AKAUN 2 BULAN BAGI SYARIKAT TEMPOH PERAKAUNAN BERAKHIR 31 JULAI 2019 SEHINGGA 30 NOVEMBER 2019 BEGANTUNG PADA TARIKH AKHIR KEWANGAN


JADUAL 1

Justeru itu, individu mahupun syarikat perlu mengambil peluang ini untuk merancang penghantaran cukai pendapatan dan cukai syarikat anda untuk menggelakkan sebarang penalti jika terlambat mengemukakan borang nyata.

 

RUJUKAN: HASIL.GOV.MY

TARIKH KEMASKINI: 6 APRIL 2020