PERANAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT

16 Jun 2020 | Artikel, Pensyarikatan | 0 comments

Maksud pemegang saham ialah orang perseorangan, syarikat atau sesebuah institusi yang memilik sekurang-kurangnya satu bahagian saham dalam syarikat. Maksud lain ialah pemegang saham merupakan pemilik syarikat.

Saham itu merupakan bukti pemilikan atau hak milik ke atas sesuatu syarikat. Meurjuk kepada permongsian hak milik yang terdapat dalam syarikat.

Saham tersebut boleh dijual atau dibeli bergantung kepada ahli syarikat yang terlibat. Penjualan saham dibuat adalah untuk mendapat wang atau modal, manakala untuk pembelian saham itu membolehkan pemilik saham dapat berkongsi hak milik dalam syarikat.

Kata lain juga, pemegang saham dalam syarikat dikenali sebagai ekuiti. Pemegang saham ini mendapat manfaaat daripada prestasi syarikat yang dijalankan.

Manfaat yang dapat sebagai pemegang saham ialah dalam bentuk penilaian saham atau dikenali sebagai keuntungan kewangan iaitu dividen. Pada masa yang sama, pengundian pada mesyuarat syarikat dan perkara-perkara lain.

Selain itu, berdasarkan Akta Syarikat 2016, Seksyen 310 menyebut bahawa suatu mesyuarat anggota boleh diadakan oleh lembaga atau mana-mana anggota yang memegang sekurang-kurangnya 10% modal syer dikeluarkan syarikat. Manakala, berdasarkan Seksyen 292, suatu ketetapan khas anggota atau kelas anggota suatu syarikat yang bermaksud bahawa suatu ketetapan daripada suatu notis yang dikeluarkan tidak kurang daripada dua puluh satu hari telah diberikan dan diluluskan secara majoriti iaitu sebanyak tidak kurang daripada 75% anggota.

Oleh itu, tugas setiausaha syarikat untuk menasihati pihak syarikat, bahawa dalam sebuah syarikat, seeloknya lebih baik ada pemegang saham yang majority dalam syarikat. Hal ini supaya, dapat membuat keputusan dalam sesuatu ketetapan. Jika hanya 2 anggota sahaja, maka baik salah seorang memegang lebih sedikit saham nya.

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn Bhd.
15 Jun 2020