PENJANA! MAJIKAN DAN PEKERJA

12 Jun 2020 | Berita Terkini, Ekonomi, Perniagaan | 0 comments

PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)
EDISI: PEKERJA & MAJIKAN

 

Umum sedia maklum, pada 05 June 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa insentif bagi merangsang dan membangun semula ekonomi negara. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan Covid-19 dalam pada masa yang sama membantu negara dalam pemulihan ekonomi. Dalam fasa pemulihan ekonomi ini, Perdana Menteri telah mengisytiharkan beberapa bantuan tambahan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Dalam ucapan yang bersiaran selama, perkara pertama yang diucap adalah mengenai pengekalan pekerja di Malaysia. Kerajaan amat menitikberatkan pengganguran dan pengekalan pekerja di Malaysia bagi mengelakkan pekerja di berhentikan semasa musim pandemik ini. Pelbagai bantuan yang telah disalurkan melalui program PRIHATIN sebelum ini dan ditambah pula dengan program PENJANA.

Antara bantuan yang telah diumumkan adalah:

  1. Perluasan Program subsidi bernilai RM 5 bilion. Sejak diperkenalkan dalam Program Prihatin PKS, PSU telah menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan. Oleh itu, kerajaan berbesar hati untuk menambah subsidi upah selama 3 bulan bermula Julai sehingga September sebanyak RM600 sebulan maksimum 200 pekerja sebulan. Bagi pekerja sektor pelancongan dan sektor lain di mana aktiviti perniagaan dalam kategori dilarang, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran secara langsung.

 

  1. Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan. Insentif ini akan diberikan selama 6 bulan. Terdapat dua insentif yang disediakan:
  • Insentif bagi mengaji penganggur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja.
  • Insentif bagi mengaji penganggur berumur 40 tahun ke atas dan golongan OKU sebanya RM1,000 sebulan.

 

  1. Insentif seterusnya adalah insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perintis kepada lepasan sekolah dan graduan sebanyak RM600 sebulan. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 2 bilion bagi program ini.

 

Usaha kerajaan dalam menangani masalah adalah wajar dipuji dan sekarang tugas kita pula untuk membantu kerajaan dalam memulihkan kembali ekonomi Malaysia.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
11 Jun 2020