PERTUMBUHAN KUKUH E-DAGANG TAHUN 2020

10 Jun 2020 | Berita Terkini, Ekonomi, Perniagaan | 0 comments

E-Dagang atau E-Commerce merupakan satu medium dan platform bagi peniaga kecil atau besar bagi menjalankan pernigaan mereka. Kerajaan menjangkakan sumbangan  kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka akan melonjak pada tahun ini selepas keyakinan pengguna terhadap taransaksi digital mula meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada tahun 2018, E-Dagang telah membentuk hanya dalam lapan peratus daripada KDNK iaitu sebanyak RM 150 Billion dan pertumbuhan ini semakin berkembang sejak PKP. Menurut Pegawai Eksekutif MDEC angka E-dagang bagi tahun 2019 masih belum menerima pengesahan, tetapi jumlahnya kelihatan amat menggalakkan.

Selain itu, bagi meningkatkan keupayaan semua pihak dalam E-dagang ini, MDEC telah menyediakan beberapa inisiatif  antaranya ialah acara maya percuma yang direka bagi mempercepatkan kesediaan perniagaan dan kesediaan permulaan perniagaan. Selain itu terdapat juga Insentif dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Insentif dari kementerian Kewangan Malaysia adalah bagi pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana di bawah belanjawan 2020 untuk mendapatkan perkhidmatan pendigitalan daripada pembekal perkhidmatan yang berdaftar.dengan MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation)

Jumlah dana yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Mlaysia melalui BSN adalah sebanyak 50% daripada jumlah yang diinvois atau sehingga  RM 5,000 bagi menghasilkan proses pendigitalan Inisiatif ini terhad kepada lima perkhidmatan iaitu:

  1. Sistem Electric Point of Sale (e-Pos)

Mengguna pakai system perisian transaksi seperti Point Of Sale untuk mudahkan operasi syarikat

  1. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR)

Penyelesaian yang mudah dan menjaga pempropesan dan prosedur gaji syarikat anda dan sebarang perkara yang berkaitan sumber manusia.

  1. Pemasaran Digital/Jualan

Perkhidmatan Permasaran digital yang menawarkan pemasaran produk atau perkhidmatan di Internet.

  1. Perolehan

Sebuah Perkhidmatan yang menawarkan perniagaan kepada perniagaan, perniagaan kepada pengguna atau perniagaan kepada kerajaan dan penjualan bekalan melalui internet serta lain-lain.

  1. Enterprise Resource Planning (ERP)/Perkaunan & Percukaian

Perkhidmatan pengkalan data yang sokong proses dan operasi pembuatan pemsaran,kewangan dan sumber manusia.

Terdapat beberapa syarat kelayakan permohonan bagi Inisiatif Pendigitalan PKS iaitu:

  1. PKS dimiliki sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia

 

  1. PKS berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS.

 

  1. PKS telah beroperasi sekurang kurangnya 1 tahun

 

  1. Bagi PKS yang baru beroperasi selama Satu Tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM 100,000 untuk tahun tersebut.

 

  1. Bagi PKS yang telah beroperasi melebihi 2 tahun, Jumlah jualan tahunan minimum RM 50,000 untuk 2 tahun terkini secara berturut-turut.

 

Akhir Sekali,Kerajaan telah mencuba memupuk e-dagang sejak tahun 2017 melalui pelan hala tuju strategic e-dagang kebangsaan untuk membolehkan Negara ini mencapai status kuasa digitalOleh itu,Kerajaan telah membantu dan menyediakan pelbagai Inisiatif bagi mencapai Motif ini. Oleh hal yang demikian, situasi ini bergantung kepada rakyat Malaysia bagi mengambil langkah-langkah seterusnya bagi mencapai objektif ini.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
10 Jun 2020