ENTERPRISE vs SDN BHD?

9 Jun 2020 | Artikel, Pensyarikatan | 0 comments

Sekiranya seseorang itu ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016. Berbeza dengan enterprise. Perniagaan enterprise pula ditubuhkan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. Oleh itu, kedua-dua akta ini tidak ditulis berkenaan membolehkan perniagaan enterprise dinaiktaraf kepada syarikat sdn bhd.

Jadi, perkara yang terbaik perlu dibuat ialah hanya menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd yang baru. Akan tetapi, jika masih mahu menjalankan aktiviti perniagaan Enterprise tersebut, pemilik boleh mengecilkan kos. Hal ini kerana, asset dan liability di dalam perniagaan enterprise boleh dipindahkan ke dalam Syarikat Sdn Bhd sebagai modal. Kerana ia melibatkan kos-kos yang tinggi jika menjaga 2 entiti yang berbeza tersebut.

Berbeza dengan perniagaan Enterprise. Syarikat sdn bhd tidak perlu untuk memperbaharui lesen mereka. Kewujudannya adalah berterusan tanpa ada tamat tempoh. Dan mempunyai perundangannya sendiri. Disebabkan itulah, kos menubuhkan syarikat sdn bhd sangat  leceh dan melibatkan kos yang tinggi.

Nah, sangat mudah untuk menubuhkan sebuah perniagaan enterprise. Boleh sahaja pergi ke mana-mana cawangan Suruhanjaya Syariakt Malaysia (SSM) dan mendaftar perniagaan. Akan tetapi, untuk menubuhkan Sdn Bhd mereka perlu melantik setiausaha syarikat untuk menguruskan penubuhan syarikat Sdn Bhd tersebut.

Kebiasannya, setiausaha syarikat itu akan terus berkhidmat sebagai setiausaha syarikat sehingga pada suatu masa nanti mereka melantik yang baru atau setiausaha syarikat tersebut dibubarkan.

Ada suatu ketika, ramai usahawan salah faham mengenai sistem percukaian di Malaysia. Seperti semua maklum, undag-undang percukaian di Malaysia ini, mana-mana individu atau pon syarikat yang mempunyai jumlah pendapatan tertentu adalah diwajibkan untuk membayar cukai. Tidak mengira, mereka itu perniagaan enterprise mahupun syarikat Sdn Bhd.

Oleh itu, jelas bahawa perniagaan enterprise itu adalah berbeza dengan syarikat sdn bhd.

Nak daftar syarikat Sdn Bhd? Realisasikan impian pensyarikatan anda dengan HEX Corporate!

Daftarkan syarikat Sdn. Bhd. anda dengan perkhidmatan setiausaha syarikat terbaik di Lembah Klang. Dengan wakil Setiausaha Syarikat HEX Corporate yang bertauliah dan berpengalaman, tidak perlu risau lagi tentang kerumitan proses pendaftaran syarikat. Daftar syarikat baru, renew SSM, perubahan alamat SSM, perubahan pemilik sijil SSM, tambah & keluar partner, tambah servis & jenis perniagaan di sijil SSM, semuanya di HEXCorporate! Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!

Catatan Nota Chartered Accountant,
Hex Corporate Strategies Sdn Bhd