KONTRAK niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berikutan bimbang mengenai bekalan selepas beberapa ladang telah menggantung operasi mereka akibat wabak koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan. Kontrak hadapan, niaga hadapan dan opsyen adalah instrument asas terbitan derivatif yang juga aset kewangan yang nilainya bergantung kepada nilai asset pendasar seperti saham biasa, bon, mata wang atau komoditi (contohnya minyak kelapa sawit mentah, getah, koko dan tin). Kontrak hadapan, niaga hadapan dan opsyen digunakan untuk mengurus risiko atau perlindungan nilai pelaburan para pelabur berdasarkan kepada jangkaan arah pasaran pada masa hadapan.
MINYAK SAWIT MENTAH
Malaysia & Indonesia —> |
|
|||
Di Malaysia, Sime Darby Plantation Berhad merupakan ‘first mover’ di seluruh dunia bagi penemuan dan penghasilan minyak sawit mentah. Oleh itu Malaysia merupakan tuan rumah kepada FCPO (Pasaran Niaga Hadapan) terbesar di bawah Bursa Malaysia Berhad.
Februari lalu, penularan Covid-19 di China dan sekatan India yang bertindak menghentikan pasaran minyak sawit dari Malaysia dan meminta pengimport untuk membeli sumber itu dari tempat lain telah memberi impak yang kecil kepada Sime Darby Plantation Bhd (SDP) tetapi syarikat menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat sederhana pada tahun ini, kata Pengarah Urusannya Mohamad Helmy Othman Basha.
India merupakan antara pengimport minyak makanan terbesar dunia dan antara rakan dagang terpenting Malaysia dalam sektor agrikomoditi. Negara itu juga ialah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada 2019 dengan jumlah sebanyak 4.5 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM9.8 bilion. Jumlah eksport ini meningkat kira-kira 67 peratus berbanding pada 2018 dengan jumlah eksport sebanyak 2.7 juta tan.
India mencatatkan penurunan sebanyak 19.8 peratus dalam import minyak sawit pada Januari 2020 berbanding bulan sebelumnya, menyebabkan penguasaan yang lebih tinggi daripada minyak makan yang lain.
Import dari Malaysia merangkumi 125,735 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 10,484 tan RBD (minyak sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau) dalam jumlah dagangan minyak sawit sebanyak 594,804 tan, menurut perangkaan daripada kumpulan perdagangan Solvent Extractos’ Association of India (SEA) pada hari Khamis.
Kini, harga minyak sawit mentah di Malaysia dijangka tinggi selepas India menyambung semula pembelian importnya di Malaysia.
Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mungkin didagangkan lebih tinggi pada bulan Jun dan Julai pada harga RM2,400 satu tan metrikj jika pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia itu mengekalkan jumlah eksportnya yang lebih tinggi, termasuk eksportnya ke India, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.
Namun, apabila pengeluaran mencapai puncaknya dari bulan Ogos hingga Oktober, harga komoditi mungkin turun sedikit hingga RM2,200 setan metrik.
“Jumlah eksport dari Malaysia ke India adalah positif pada bulan Mei, kita melihat sokongan terhadap niaga hadapan minyak sawit mentah pada dua minggu lepas,” katanya pada sesi webinar global bertajuk “Is Covid-19 a Bull or a Bear for Veg Oils?” anjuran Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India. – Bernama
Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan import adalah harga pasaran minyak sawit mentah yang kini berada di bawah paras pencukaian duti eksport Malaysia, katanya.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
“Perkembangan hubungan diplomatik kini bertambah baik dengan kontrak belian minyak sawit bagi Jun dan Julai 2020.
“Kerajaan menjangkakan situasi ini memberikan impak positif ke atas industri sawit dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairuddin berkata berdasarkan data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), eksport minyak sawit Malaysia ke India pada Januari hingga April 2020 menunjukkan penurunan drastik hampir 94 peratus kepada 96,145 tan berbanding tempoh yang sama 2019 dengan jumlah eksport pada 1.6 juta tan.
Namun, minyak sawit yang didagangkan di Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 47 peratus kepada 66,427 lot semalam berbanding purata 45,200 lot setiap hari sepanjang minggu lepas, katanya.
Mengalih perhatian kita kepada kepentingan minyak sawit kepada kesihatan kita dalam menangani Covid-19, minyak sawit Malaysia dikatakan berperanan membantu dunia membendung Covid-19.
Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci.
“Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian anda, tetapi turut membunuh kuman termasuk coronavirus,” kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Tan Sri Yusof Basiron menulis di akaun Twitter beliau : “Minyak sawit membantu ketika musim coronavirus apabila kita perlu berada di rumah. Malah, usaha memasak lebih mudah dengan menggunakan minyak sawit yang harganya amat berpatutan!”
Secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan kalangan penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas jika pandemik itu berlarutan dan mengekang keupayaan negara memenuhi permintaan global.
Selain itu, Industri sawit negara memberikan pendapatan kepada hampir 500,000 pekebun kecil sawit termasuk kira-kira 258,000 pekebun kecil persendirian.
Kementerian tersebut sebelum ini telah memberi kelonggaran kepada estet, kilang buah sawit dan kilang penapis sawit dan getah termasuk pekebun kecil sawit dan getah untuk terus menjalankan aktiviti dan beroperasi secara terkawal dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.
Ini kerana hampir sejuta pekebun kecil sawit dan getah serta lebih lima juta rakyat Malaysia bergantung pendapatan di sepanjang rantaian industri sawit dan getah negara.
Bagi tinjauan 2020, penganalisis menjangkakan eksport minyak sawit rendah jika penularan pandemik COVID-19 berterusan dan tidak dapat dikawal.
AllianceDBS Research berkata, pandemik COVID-19 menjejaskan rantaian global bekalan minyak sawit kerana banyak negara melaksanakan sekatan dan kawalan pergerakan untuk mengekang penularan wabak berkenaan.
Dari segi tinjauan harga, Fitch Solutions menjangkakan harga MSM akan susut sedikit untuk tiga hingga enam bulan akan datang berikutan gangguan permintaan susulan penularan COVID-19.
Bagi jangka panjang, Fitch Solutions mengekalkan pandangannya bahawa purata harga minyak sawit sekitar RM2,300 satu tan pada 2020, berbanding purata suku pertama 2020 sekitar RM2,626 satu tan.
Namun, pada 2021, harga dijangka kukuh dengan purata sekitar RM2,400 satu tan berikutan pemulihan permintaan, katanya.
Sepanjang penularan Covid-19, sektor-sektor ekonomi di Malaysia mula merudum namun berbeza pula bagi sektor agrikultur atau pertanian.