Dimanakah Ruang Sektor Pertanian kepada Negara?

22 May 2020 | Berita Terkini, Ekonomi | 0 comments

Bagi menjamin bekalan makanan tidak terputus dan melindungi golongan tani yang terdedah dengan kesempitan hidup, Sektor Pertanian perlu diberi perhatian yang penuh dalam masa krisis Covid 19 ini.Bekalan makanan merupakan faktor utama bagi kelangsungan hidup penduduk di sesebuah Negara.

            Semasa perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia menanggani pandemik Covid 19 pada 16 Mac yang lalu, beliau telah memberi jaminan bahawa bekalan bahan makanan adalah mencukupi.Terdapat tiga Kementerian Khas yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan tidak terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Tiga Kementerian tersebut adalah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

            Aktiviti dalam sektor pertanian termasuklah aktiviti tanaman komiditi & agromakanan, penternakan, perikanan, marin dan akuakultur .Menurut statistik yang dibekalkan berlaku peningkatan di dalam beberapa pertanian seperti Sayur-sayuran, Penanaman getah dan Kelapa Sawit. Peningkatan ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi bagi memenuhi dan menampung keperluan Penduduk Malaysia.

            Dalam usaha mempertahankan sektor pertanian Kerajaan telah memberi Dan Tambahan kepada kesemua perusahaan Sektor Pertanian. Antaranya ialah:

  1. Peruntukan Dana Jaminan Makanan berjumlah RM 1 Billion. Dana ini bertujuan untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada petani dan nelayan termasuk bantuan input pertanian bagi meningkatkan pengeluaran domestik.

  1. Tambahan RM 100 Juta diperuntukkan untuk pembangunan insfraktuktur penyimpanan dan pengagihan hasil tani dan juga progam integrasi tanaman.

  1. Dana Khas antara RM 100,00 ke RM 200,000 akan diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan ( PNK) yang berdaya maju untuk menjalankan projek agromakanan jangka pendek bagi memastikan kecukupan bekalan makanan.

 

Untuk mengukuhkan sektor pertanian dan melindungi pekerja sektor ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini terdapat beberapa pandangan Daripada Tuan Ashraf Shaharudin  iaitu Penyelidik di Khazanah Research Instittue (KRI) 

  1. Kerajaan perlu memastikan seluruh aktiviti rantaian makanan berjalan lancar

Langkah Proaktif MOA dan agensi berkaitan seperti FAMA diperlukan bagi menyalurkan sokongan pemasaran kepada para petani dan nelayan .Selain itu, jika perlu lakukan kerjasama bersama syarikat swasta

Sebagai contoh: Media melaporkan tentang petani di Cameron Highlands yang terpaksa membuang hasil mereka kerana tiada pembelian platform membeli belah atas talian Lazada.

Selain itu,kerajaan juga perlu memikirkan langkah untuk memasarkan lebihan hasil ke pasaraya – pasaraya besar dan juga terus kepada pengguna menerusi khidmat atas talian.

 

  1. Pinjaman Tanpa Faedah

Kerajaan wajar pertimbangkan pinjaman tanpa faedah kepada petani, peternak, nelayan dan PKS sektor pertanian yang menghadapi kesempitan aliran tunai untuk terus beroperasi. Oleh itu, ini bagi mengelakkan bebanan faedah yang perlu ditanggung selepas krisis pulih.

 

  1. Guna dana Khas sektor pertanian makanan dengan baik

Maklumat tentang penggunaan dana-dana ini haruslah telus disiarkan bagi makluman masyarakat umum. Hal ini bagi memastikan akauntabiliti dan menglakkan ketirisan dana.

Usaha kerajaan yang berterusan dan tindakan-tindakan yang diambil dengan segera bagi memastikan tiada pembaziran berlaku memberi manfaat dan keuntungan kepada pengeluar pertanian terutama yang terlibat dalam aktiviti pembekalan makanan.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
22 Mei 2020