APA ITU ZAKAT PERNIAGAAN ?

22 May 2020 | Artikel, Cukai | 0 comments

Zakat perniagaan ni ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan perniagaan.

Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 267 telah menjelaskan bahawa:

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa segala “hasil usaha yang baik” itu wajib dibayar zakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profession, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT-SYARATNYA:

  1. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam
  2. Perniagaan yang dimilik oleh orang Islam yang Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab
  5. Cukup haul (genap setahun qamariah/ 354.3 hari)
  6. Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%

Jika syarikat yang dimilik bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka WAJIB ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang ditaksir setelah dibuat pelarasan dan penolakan item-item tersebut.

APA KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN TU?

Asas kiraan zakat perniagaan bagi syarikat-syarikat perniagaan khasnya yang memiliki akaun dan penyata kewangan atau kunci kira-kira yang lengkap terbahagi kepada dua kaedah utama :

Pertama : Kaedah Model Berkembang ?Growth Model?

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Formula yang digunakan adalah :

[Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap]* x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%

Kaedah atau pendekatan ini sesuai bagi Institusi Kewangan Islam atau Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

 

Kedua : Kaedah Modal Kerja ?Working Capital?

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Formula yang digunakan ialah :

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]* X %Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Kaedah ini biasanya sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya dimana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa

 

Boleh rujuk kalkulator Zakat Perniagaan di link berikut:

  1. https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/perniagaan
  2. https://www.zakatselangor.com.my/zakat-perniagaan/

 

BETULKAH PEMILIK SYARIKAT BOLEH MENDAPAT REBAT CUKAI SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN?

Peniaga atau pihak syarikat seperti SDN BHD dan seumpanya boleh menikmati rebai cukai korporat atau dinamakan potongan cukai ke atas zakat pernigaan yang dibayar adalah tertakluk kepada had maksima 2.5% daripada pendapatan agregat syarikat tersebut (yang tidak mengambil kira cukai, inflasi, hutang piutang dan sebagainya)

Bagi perniagaan yang bersifat milikan individu seperti peniaga runcit, restoran, perkhidmatan dan sebaginya maka mereka boleh menikmati rebat penuh cukai atas semua jumlah zakat yang dibayar.

 

Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
21 Mei 2020