KEKEBALAN INDUSTRI KESIHATAN TERHADAP EKONOMI KETIKA MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19.

15 May 2020 | Berita Terkini, Ekonomi | 0 comments

Perintah kawalan pergerakan telah memberi impak yang positif secara tidak langsung kepada industri kesihatan. Hal ini kerana, industri kesihatan merupakan nadi kepada negara dalam menentang wabak covid 19 ini. Kerajaan Malaysia telah memberi Dana Khas kepada Sektor ini sebanyak RM 600 Million untuk menyokong dalam menentang wabak ini. Dana sejumlah RM 500 Million akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan seperti, PPE untuk kegunaan staff, Peralatan makmal untuk saringan ujian Covid -19 dan lain-lain lagi.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, Industri ini dijangka akan terus berkembang dipacu peningkatan kemampuan rakyat untuk berbelanja untuk meningkatkan kesihatan dan penjagaan diri.

Permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan dan penjagaan diri seperti ubat-ubatan, sabun antibakteria, Perkhidmatan Makmal bagi Ujian Saringan Covid 19 akan meningkat, dan ini telah memberi impak yang positif kepada sektor ini untuk terus berkembang Ketika Covid 19 ini melanda Negara.

Menurut Jabatan Perangkaan Negara, Statitik menunjukkan sektor kesihatan, kemanusiaan dan kerja social mengalami pertambahan pendapatan yang tiggi sebanyak 1 % dan ini menunjukkan Sektor ini mengalami impak yang positif berbanding sektor yang lain.

Selain itu, bagi kesan penularan Covid-19 mengikut Taraf pekerjaan. Didapati sebanyak 46.6 peratus pekerja kehilangan pekerjaan, trend ini ditunjukkan terbalik bagi sektor Kesihatan memandangkan sektor ini memerlukan permintaan  yang tinggi terhadap perkhidmatan kesihatan. Seramai 3,000 pesara dipanggil semula untuk bekerja di bawah Kementerian Kesihatan bagi membantu dan menyumbangkan kepakaran di dalam sektor ini.Selain itu, pengambilan pegawai kesihatan kontrak di pertingkatkan jumlahnya. Ini  menunjukkan sektor ini mempunyai nilai yang tinggi di dalam Negara

Jurucakap sebuah Hospital Swasta terkemuka Negara memberitahu banyak pusat perubatan di Negara kita mempunyai kelengkapan terbaik dan terkini,ini telah meningkatkan keyakinan pengguna kepada sektor kesihatan di Negara ini. Secara amnya, kewujudan hospital Swasta dalam membantu Kerajaan Malaysia dalam menentang wabak ini telah menawarkan perkhidmatan rawatan seiring dengan gaya permintaan pelanggan dalam menghadapi wabak ini.

Di Samping itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan kesediaan Negara dalam menangani wabak ini selaras dengan saranan WHO . Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan termasuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai langkah kesihatan yang perlu di ambil dalam menangani wabak tersebut.Ramai berkata, Sektor ini akan bertahan seketika ketika wabak ini sedang melanda, tetapi sedarkah kita, Kesihatan merupakan aspek yang paling penting di dalam kehidupan. Setelah pengguna diberikan kesedaran terhadap langkah- langkah penjagaan pengguna akan menjadikan produk penjagaan kesihatan sebagai satu permintaan berpanjangan sepanjang hidup dan ini,akan menjadi kesan yang positif kepada sektor ini dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai Contoh situasi:

Puan Fatimah telah mendengar nasihat dari pihak Kerajaan agar memaikai topeng muka di tempat awam dan memakai pembersih tangan ketika keluar. Oleh itu, Puan Fatimah mengambil langkah-langkah ini bagi mengelakkan jangkitan terhadap dirinya dan keluarganya.Puan Fatimah telah membeli Topeng Muka dan Pembersih Tangan di Farmasi berdekatan. Apabila ini telah menjadi Norma Baharu kepada Puan Fatimah dan keluarganya, pemintaan terhadap Topeng Muka dan pembersih tangan akan menjadi permintaan berterusan  kepada keluarga beliau ini kerana Topeng Muka dan Pembersih Tangan telah menjadi keperluan Asas setiap hari.

Akhir Sekali, Pada tahun 2020, Industri Kesihatan dan penjagaan kesihatan mempunyai tempat nya yang tersendiri dan mempunyai potensi dalam meningkatkan jualan selaras dengan inisiatif yang diberikan oleh Pihak Kerajaan Kepada Industri ini, hasil daripada peningkatan kesedaran terhadap  penjagaan kesihatan ini akan memberikan impak yang Positif kepada industry ini untuk terus bertahan dalam tempoh jangka masa yang panjang.

 

Chartered Acoountant
Hex Corporat Strategies Sdn. Bhd.
15 Mei 2020