DANA ERP KINI RM240 JUTA DAN MASIH DITERUSKAN

13 May 2020 | Berita Terkini, Ekonomi, Perniagaan | 0 comments

“Bantuan ERP masih diteruskan dan PERKESO memberi jaminan bahawa permohonan yang dibuat sehingga 27 April 2020 dan diluluskan, layak untuk terus menikmati bantuan kewangan ini,” – KSM Kementerian Sumber Manusia telah memaklumkan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program (ERP)) yang telah diperkenalkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 16 Mac 2020 masih berjalan.

Pada 5 Mei 2020,  Kerajaan bersetuju menambah peruntukan untuk Program Pengekalan Pekerja (ERP) oleh PERKESO sebanyak RM120 juta, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM240 juta. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata program itu bertujuan memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama enam bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji. – Berita Harian

 

 Para majikan masih boleh mengemukakan permohonan sehingga 15 September ini. Manakala, permohonan yang telah dibuat sebelum ini dan diluluskan juga akan menerima bantuan kewangan di bawah program ini. Para majikan yang ingin membuat permohonan boleh klik https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan tetingkap seperti di bawah akan muncul:

Pembayaran ERP kekal RM600 sebulan selama 6 bulan kepada pekerja yang cuti tanpa gaji berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan. Sehingga hujung April, lebih 52,000 pekerja sudah diterima dan diluluskan. – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Antara perkara yang diperlukan oleh majikan sebelum memohon bantuan ERP ini termasuklah:

  1. Senarai nama pekerja menggunakan format Excel berikut:

https://www.perkeso.gov.my/images/pengumuman/psu/Borang_Senarai_Pekerja.xlsx

  1. Nombor Akaun Bank (sila lampirkan muka surat hadapan Penyata Bank)
  2. Business Registration Number (BRN). BRN ialah Nombor Syarikat. [Contoh: 1122334-X]
  1. Sijil Pendaftaran SSM seperti Form 9 atau Section 13 (CA 2016)
  2. Declaration PKU 50 Form; dan
  3. Bagi Syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 76 orang, dokumen sokongan seperti Statement of Profit dan Loss and Revenue Report diperlukan.


Chartered Accountant
Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
13 Mei 2020