5 LANGKAH MUDAH MOHON ERP

29 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Ekonomi, Pensyarikatan, Perniagaan | 0 comments

5 LANGKAH MUDAH MOHON ERP

Seperti sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi. Antaranya berkenaan dengan ERP iaitu Program Pengekalan Pekerjaan bagi pekerja yang menerima notis tanpa gaji. Kami tahu bahawa ramai majikan ingin merebut peluang ini demi masa depan syarikat dan juga kebajikan pekerja mereka. Berdasarkan pekeliling, pihak kerajaan telah bermesyuarat  dan bersetuju untuk mengukuhkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 iaitu dengan memberi bantuan kewangan segera sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) melalui program ini. Program ini dilaksanakan oleh PERKESO yang akan membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengurangkan kos operasi. Program ini juga merupakan salah satu perlindungan keselamatan social kepada pekerja apabila kehilangan sumber pendapatan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di website perkeso (Program Pengekalan Pekerjaan).

Namun, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh majikan untuk memohon bantuan ERP ini. Hal ini disebabkan majikan sibuk untuk menguruskan syarikat supaya kukuh pada situasi PKP ini.

Tidak perlu risau, di sini kami sedia memberi panduan kepada majikan di luar sana dengan lebih mudah untuk memohon bantuan ini berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh PERKESO.

Langkah 1

Majikan perlu sediakan Notis Cuti Tanpa Gaji kepada pekerja. Notis tersebut mestilah mempunyai nama pekerja yang terlibat, makluman masa cuti dari mula hingga tamat, nama syarikat dan lain-lain berkaitan.

Langkah 2

Majikan perlu sediakan maklumat syarikat iaitu sijil yang telah diperbadankan oleh Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM). Iaitu Seksyen 17/Form 9 bagi syarikat Sdn Bhd. Hal ini sebagai makluman bahawa syarikat tersebut masih wujud dan sah. Majikan juga boleh minta khidmat daripada Setiausaha Syarikat.

Langkah 3

Majikan perlu sediakan maklumat pekerja dalam format Excel menggunakan template yang sudah digariskan oleh PERKESO. Boleh dapatkan DI SINI. Maklumat pekerja yang terdiri daripada, bilangan tuntutan, nama pekerja, no kad pengenalan pekerja, jawatan pekerja, no telefon pekerja, emel pekerja yang sah, tarikh mula cuti tanpa gaji, tarikh tamat cuti tanpa gaji dan juga gaji semasa (iaitu gaji yang terakhir diterima sebelum notis dikeluarkan). 

Langkah 4

Seterusnya, majikan perlu membuat pengesahan maklumat Business Registration Number (BRN) yang berdaftar dengan pihak bank untuk pembayaran bantuan kewangan bagi program pengekalan pekerjaan (ERPC19). Majikan perlu menggunakan template yang sudah dikeluarkan oleh PERKESO. Boleh dapatkan DI SINI.

Langkah 5

Majikan perlu sediakan juga Penyata akaun bank/Muka depan buku bank yang tertera, nama bank, no akaun majikan dan nama majikan.

Langkah Akhir

Selepas dokumen semua disediakan, simpan di dalam satu folder yang selamat. Kemudian pergi ke laman web PERKESO DI SINI untuk proses pendaftaran. Isikan maklumat yang dikehendaki. Upload dokumen yang diperlukan seperti tadi. Pastikan dokumen mengikut format yang dikehendaki. Tidak lebih daripada 2 MB. Simpan dan hantar. Pastikan majikan masukkan emel yang betul dan sah untuk penerimaan dan pemberitahuan oleh PERKESO. Selepas tekan hantar akan terima emel daripada PERKESO terima permohonan. Selesai !

Jika perlu kemaskini, hanya masukkan semula maklumat dan kemaskini maklumat yang diperlukan. Pastikan upload juga dokumen jika terdapat perubahan.

Terima kasih. Semoga anda lebih jelas dan faham.

 

P/S: Majikan tidak boleh memohon bantuan serentak dengan Program Subsidi Upah (PSU) melainkan atas nama pekerja yang lain atau pada bulan tuntutan yang lain.

 

Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
30 April 2020