PENGARAH SYARIKAT : TUGAS & PERANAN

27 Apr 2020 | Artikel, Cukai, Pengurusan Akaun, Pensyarikatan | 0 comments

Secara amnya, seorang pengarah syarikat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah syarikat. Pengarah perlu mencorak dan menentukan hala tuju syarikat. Bagi syarikat persendirian, minimum seorang (1) pengarah syarikat diperluakan. Manakala bagi syarikat Awam, minimum dua (2) orang pengarah.

 Antara perkara yang perlu diambil berat sebagai seorang pengarah adalah;

  • menilai prestasi perniagaan
  • memastikan perancangan dilaksanakan
  • sumber hasil syarikat digunakan dengan betul serta membuat keputusan untuk kepentingan syarikat

 

Sekiranya pengarah mengikuti segala peruntukan ia dapat melicinkan perjalanan syarikat dan kejayaan syarikat dapat dicapai. Berdasarkan seksyen 213, Akta Syarikat 2016 pengarah syarikat mestilah ;

  1. berpengetahuan, mahir & berpengalaman (semunasabahnya) dalam mengurus,
  2. bertanggungjawab,
  3. mempunyai pengetahuan, kemahiran dan juga pengalaman tambahan.

 

Akan tetapi, apakah kelayakan untuk menjadi seorang pengarah syarikat ? Antaranya ialah,

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Bermastautin di Malaysia, mempunyai tempat tinggal di Malaysia

 

Untuk infografik boleh layari facebook page kami (Pengarah Syarikat : Tugas & Peranan). 

 

Mengikut seksyen 198, akta syarikat 2016, terdapat fakta yang mengatakan seseorang itu tidak layak menjadi seorang pengarah. Antara sebabnya ialah,

  • Bankrup yang belum dilepaskan
  • Telah disabitkan kesalahan berhubungan dengan penganjuran pembentukan/pengurusan suatu perbadanan
  • Telah disabitkan kesalahan berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan
  • Disabitkan kesalahan di bawah seksyen 213, 217,218,238 & 539.
  • Telah dihilangkan kelayakan oleh mahkamah di bawah seksyen 199.

 

Jika seorang pengarah tidak ikut / melanggar seksyen 231, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun @ didenda tidak lebih satu (1) juta Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.

Antara TUGAS PENTING pengarah syarikat ialah:

  • mengadakan Annual General Meeting (AGM)
  • menghantar penyata tahunan dan juga penyata kewangan syarikat setiap tahun
  • menghantar borang C & BE ke LHDN

 

Sila hubungi kami di 03-89229784 untuk mendapatkan perkhidmatan dengan setiausaha syarikat.

 

Rujukan :

  1. Akta Syarikat 2016

 

 

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
27 April 2020