PELEPASAN CUKAI 2019

23 Apr 2020 | Artikel, Berita Terkini, Cukai, Ekonomi, Pengurusan Akaun, Perniagaan | 0 comments

Seperti yang sedia maklum, setiap individu yang mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan pendapatan dengan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kelewatan dan kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan seseorang individu dikenakan tindakan penalty oleh pihak LHDN.

Terdapat dua jenis borang yang kebiasaannya digunakan oleh individu untuk melaporkan pendapatan mereka. Sila rujuk jadual di bawah.

PERKARA

BORANG BE

BORANG B

JENIS

Individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan selain daripada perniagaan

Individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian.

AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Sek 4(b) – 4(f)

Sek 4(a) – 4(f)

TARIKH AKHIR

30 APRIL

30 JUNE

 

Selain dari pengajian dan pendapatan dari perniagaan, terdapat juga pendapatn lain yang perlu dilaporkan kepada pihak LHDN seperti;

  1. Dividen
  2. Faedah
  3. Diskaun
  4. Sewa
  5. Royalti
  6. Premium
  7. Pencen
  8. Anuiti

Bagi pengiraan cukai individu, LHDN membenarkan pelepasan tertentu bagi membantu individu untuk mengurangkan cukai bagi setiap tahun. Jadual di bawah menunjukkan senarai pelepasan yang dibenarkan oleh pihak LHDN.

BIL.

JENIS POTONGAN INDIVIDU

AMAUN (RM)
1 DIRI SENDIRI & SAUDARA TANGGUNGAN 9,000
2 PASANGAN (SUAMI/ISTERI/NAFKAH) 4,000 (Terhad)
3 PASANGAN YANG OKU 3,500
4 ANAK-ANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN (NORMAL) 2,000 (Seorang)
5 ANAK (OKU) 6,000 (Seorang)
6 ANAK ATAS 18 TAHUN (MASIH BELAJAR MATRIK/SIJIL/A-LEVEL & BELUM BERKAHWIN) 2,000 (Seorang)
7 ANAK ATAS 18 TAHUN (BELUM BERKAHWIN & BELAJAR DI DALAM DAN LUAR NEGARA DIPLOMA/DEGREE/MASTER/PHD)

i. Tambahan RM8,000 jika anak kurang upaya yang mengikuti diploma ke atas (belum berkahwin)

8,000 (Seorang)
8 PERBELANJAAN PERUBATAN IBU & BAPA (JIKA SALAH SEORANG SAHAJA TERHAD PADA RM 1,500) 5,000 (Terhad)

@

3,000 (Terhad)

9 YURAN PENDIDIKAN – DIRI SENDIRI

i.   Peringkat selain sarjana dan diktor falsafah (Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan islam, teknikal, vokasional, saintifik dan teknologi)

ii.  Peringkat Sarjana dan doktor Falsafah-sebarang kursus

7,000 (Terhad)
10 PERBELANJAAN PERUBATAN KRITIKAL (DIRI, PASANGAN & ANAK) 6,000 (Terhad)
11 PELEPASAN GAYA HIDUP (LANGGANAN SURAT KHABAR,YURAN LANGGANAN BAGI PUSAT GIM,KOMPUTER/TABLET/TELEFON BIMBIT) 2,500 (Terhad)
12 PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

i.     Kegunaan sendiri

ii.     Anak berumur 2 tahun ke bawah

iii.     Potongan dibenarkan sekali setiap dua tahun

1,000 (Terhad)
13 SSPN (BERSIH) 8,000 (Terhad)
14 TASKA/TADIKA ANAK

i.     Anak berumur 6 tahun ke bawah

ii.    Taman berdaftar

1,000 (Terhad)
15 PAMPASAN & PRS 3,000 (Terhad)
16 INSURAN NYAWA & KWSP

i.   Kategori penjawat awam berpencen-premium insurans nyawa

ii.   Kaetgori selain penjawat awam berpencen

ii.    Premium Insurans nyawa (Terhad RM3,000)

iii.    Caruman KWSP (Terhad RM4,000)

7,000 (Terhad)
17 INSURAN PENDIDIKAN & PERUBATAN

i.     Bukan melalui potongan gaji

3,000 (Terhad)
18 PERKESO 250 (Terhad)
19 PEMERIKSAAN PERUBATAN PENUH (DIRI,SUAMI/ISTERI ATAU ANAK 500 (Terhad)
20 INDIVIDU KURANG UPAYA 6,000
21 PERALATAN SOKONGAN ASAS (DIRI,PASANGAN,ANAK ATAU IBUBAPA OKU) 4,000 (Terhad)

 

Peringatan penting buat individu yang bakal menghantar borang cukai pendapatan, pastikan anda menyimpan bukti sekurang-kurangnya selama tempoh 7 tahun. Dokumen yang boleh disimpan adalah seperti Borang EA atau EC, resit pembelian, sijil kelahiran anak mahupun surat tawaran unviversiti anak. Jadilah rakyat yang bertanggugjawab dengan menghantar borang BNCP bagi setiap tahun.

Untuk makmuman lanjut boleh hubungi (03-89229784)

 

Hex Corporate Strategies Sdn Bhd
23 April 2020