MAKSUD “ANNUAL RETURN”

14 Apr 2020 | Artikel, Pengurusan Akaun | 0 comments

ANNUAL RETURN @ PENYATA TAHUNAN

 

Annual return atau diberi maksud Penyata Tahunan adalah WAJIB diserah simpan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setiap tahun setelah sesebuah syarikat mencapai tarikh ulang tahun syarikat diperbadankan.

“Kenapa wajib? Penting sangat ke?”

Annual return merupakan kewajipan bagi sesebuah syarikat sdn bhd berdasarkan Seksyen 68 (Akta Syarikat 2016). 

Annual return ini merupakan maklumat syarikat yang terkini jika terdapat sebarang perubahan maklumat atau informasi. Walaupon syarikat tidak aktif (dormant), syarikat tersebut tetap wajib menyerah simpan Annual Return kepada SSM.

Antara maklumat yang ada di dalam Annual Return adalah seperti:

  1. Maklumat pengarah syarikat (director) terkini.
  2. Maklumat saham syarikat serta senarai anggota pemegang saham (shareholder).
  3. Alamat pejabat berdaftar.
  4. Aktiviti syarikat (nature of its business).
  5. Maklumat pinjaman bank yang dibuat oleh syarikat.
  6. Maklumat pengurus, setiausaha syarikat serta juruaudit.
  7. Maklumat pemilikan benefisiari (beneficial ownership) syarikat.
  8. Alamat premis syarikat termasuk cawangan syarikat.

 

“Bila je kena lodge? tak kisah bila-bila ke? Siapa yang akan lodge ke ssm?”

Menurut Seksyen 68 Akta Syarikat 2016, syarikat hendaklah menyerah simpan Annual Return setiap tahun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari dari tarikh ulangtahun syarikat diperbadankan.

Untuk makluman, setiap tahun menjadi tanggungjawab Setiausaha Syarikat untuk menyerahsimpan ke SSM  dan terdapat pembayaran yang dikenakan oleh SSM bagi serah simpan tersebut. Setiausaha Syarikat akan menyerahsimpan selepas menerima pembayaran daripada pihak syarikat.

“Kalau tak nak hantar juga ada tindakan yang dikenakan ke?”

Jika syarikat dan setiap pengarah melanggar Akta Syarikat 2016 di bawah Seksyen 58(9) ini, boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi RM50,000 dan tidak melebihi RM1,000 sehari semasa kesalahan dilakukan berterusan setelah disabitkan. 

 

Hex Corporate Strategies Sdn. Bhd.
14 April 2020

__________________________________________________________________

Jika ada sebarang persoalan atau bantuan mengenai syarikat, boleh hubungi kami di talian 03-89229784 atau boleh terus hantarkan maklumat tersebut di emel kami, info@hexcorporate.com